• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumah Diroboh, Terpaksa Tinggal Dalam Khemah

oleh
20/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BULOH – Penduduk berhampiran Sungai Kedondong, Paya Jaras kecewa tindakan Kerajaan Negeri Selangor kerana tetap meneruskan perobohan kediaman mereka Rabu lalu.

Mereka mendakwa masih belum mendapat rumah lain untuk disewa dan ada yang terpaksa membina khemah di kawasan berdekatan.

Pesakit kanser payu dara tahap tiga Sanipah Sadli, 59, berkata, kerajaan negeri perlu mengambil peduli mengenai nasib penduduk yang belum menemui kediaman baharu.

“Mana perikemanusiaan kerajaan negeri sebelum robohkan rumah kami. Tindakan ini zalim kerana tidak memikirkan nasib penduduk yang masih belum mendapat tempat berteduh.

“Sekurang-kurangnya, tunggulah kami mendapat rumah sewa baharu dulu. Tapi mereka tidak mengendahkan nasib kami dan tetap melakukan perobohan itu,” katanya.

Warga emas itu juga memaklumkan keadaan kesihatannya juga merosot selepas rumahnya dirobohkan dan terpaksa menetap di bawah khemah terbuka yang didirikan penduduk.

Menurut Sanipah, dia tidak boleh mendapat rehat yang cukup dan turut terdedah kepada keadaan cuaca jerebu.

“Selepas roboh, saya dah tak ada tempat nak pergi dan perlu rehat di bawah khemah ini sahaja,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Azizah Mohd Ali, 56, mengakui sedih dengan tindakan kerajaan negeri dan mendakwa tidak menggunakan budi bicara sebelum melakukan perobohan tersebut.

Azizah berkata, situasi itu memberi kesan kepada anaknya yang juga seorang pesakit orang kurang upaya selain keadaan kesihatannya yang mengalami sakit strok sejak enam tahun.

Sementara itu, Salasih Samidi, 50, memberitahu, dia masih belum mencari lokasi rumah sewa baharu selepas kediamannya dirobohkan.

Salasih mendakwa, dia tidak berpindah keluar sebelum ini berikutan masih menunggu keputusan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berhubung perobohan itu.

“Ramai penduduk tidak keluar kerana kami menunggu kata putus daripada ADUN namun sehingga kini tiada jawapan,” katanya.

Rabu lalu, Kerajaan Selangor merobohkan beberapa rumah kediaman penduduk berhampiran Sungai Kedondong bagi memberi laluan kepada projek tebatan banjir di kawasan ini. – Sinar Harian

Tags: Kerajaan Selangorpaya jaraspendudukroboh rumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

01/07/2026
0

SEGAMAT - Penyandang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima sambutan luar biasa masyarakat setempat khususnya kaum Cina dan...

Kerajaan Selangor Perlu Beri Penjelasan Cadangan Longgarkan Syarat Rumah Anutan Bukan Islam

Kerajaan Selangor Perlu Beri Penjelasan Cadangan Longgarkan Syarat Rumah Anutan Bukan Islam

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor diminta memberi penjelasan terbuka sama ada benar terdapat keputusan untuk melonggarkan syarat pembinaan atau pemutihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd