• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu: 2 Masalah Hantui Penduduk Sri Aman

oleh
18/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SRI AMAN – Selain masalah jerebu, bandar Sri Aman berkapasiti lebih 100,000 penduduk ini turut menghadapi masalah kekurangan bekalan air.

Residennya, Indit Bangai berkata, ketika ini semua aset daripada kerajaan telah dikerah bagi membantu semua penduduk yang terjejas.

“Bagi bantuan jerebu, sebanyak 80,000 penutup hidung dan mulut akan diagihkan kepada penduduk di sekitar bandar ini termasuk murid dan penjawat awam.

“Selain itu bantuan memadam kebakaran terbuka yang berlaku di kawasan Lingga dan Kampung STC dengan kaedah ‘water bombing’ (bom air) oleh APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia),” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Bahagian Sri Aman di sini hari ini.

Menurutnya, pesawat jenis Bombardier milik APMM itu akan tiba dari Miri pada 1 tengahari ini bagi melakukan kerja pemadaman selama kira-kira dua jam.

Sementara itu, Jurutera Air Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Sri Aman, Adzahari Baini berkata, ketika ini lapan daripada 10 loji di Sri Aman menghadapi penurunan paras air.

“Lapan loji itu ialah Bayai, Stumbin, Seduku, Lingga, LDS, Engkilili, Melugu dan Pantu yang telah berada pada paras kritikal ekoran keadaan cuaca panas dan tidak menerima hujan sejak bulan lepas.

“Sekiranya keadaan berterusan dan tiada hujan, lebih 15,000 kediaman di Sri Aman yang mempunyai paip meter berdaftar akan terjejas,” katanya.

Adzahari Baini berkata, pihaknya telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan pencatuan air di beberapa loji yang terjejas itu.

“Namun catuan yang lebih kritikal dilakukan di loji Lingga, Stumbin, Seduku, Melugu dan terbaharu di Engkilili,” katanya.

Kualiti udara di Sri Aman secara umumnya menunjukkan penurunan setakat jam 8 pagi ini daripada peringkat bahaya kepada sangat tidak sihat.

Tags: bekalan airJerebusarawaksri aman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd