• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maszlee Kekal Menteri Pendidikan, Tiada Rombakan Kabinet

oleh
17/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik akan kekal di portfolio sekarang dan tiada sebarang rombakan Kabinet buat masa ini, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mengakui sistem pendidikan memerlukan perubahan yang radikal, namun menurut Dr. Mahathir, ia tidak semestinya dilakukan dengan melantik menteri pendidikan yang baharu.

Katanya, pemerhatiannya mendapati berlaku ketidakseragaman dari sudut kualiti di sebalik peningkatan jumlah guru dan murid di negara ini.

“Ada sekolah yang bagus dan ada yang tidak, ini mungkin disebabkan kualiti guru yang berbeza.

“Kita mahu guru yang terbaik ini merekodkan pengajaran mereka supaya dapat digunakan oleh guru-guru lain dengan cara memancarkannya di skrin misalnya kursus bahasa yang disediakan oleh mereka yang pakar dalam bidang tersebut,” katanya dalam temubual bersama BFM hari ini.

Dr. Mahathir ditanya mengenai kebimbangan banyak pihak tentang sistem pendidikan negara yang dilihat menuntut perubahan.

Ditanya sama ada Maszlee akan diganti dengan calon lain, Dr. Mahathir menjawab: “Tidak.”

Jawapan yang sama juga diterima apabila beliau diajukan soalan tentang kemungkinan akan berlakunya rombakan Kabinet.

Katanya, jika mahu diganti dengan calon lain, mereka juga hanya mempunyai pengalaman setahun dalam Kabinet, tentunya akan memgambil masa untuk menyesuaikan diri dengan tugas baharu.

“Menteri baru tidak semestinya lebih baik, sebagaimana yang kita telah lihat perdana menteri baharu pun tidak semestinya perdana menteri yang bagus,” katanya.

Ditanya kemungkinan bakal penggantinya kelak melakukan rombakan Kabinet, Dr. Mahathir berkata, perkara itu mungkin berlaku kerana perdana menteri seterusnya pasti mahukan Kabinet sendiri.

Bagaimanapun, beliau berpandangan melakukan rombakan Kabinet hanya akan mewujudkan lebih banyak masalah berbanding mengatasinya.

“Saya begitu cenderung menukar orang untuk menyelesaikan masalah. Saya pernah menukar orang, memecat orang dan memanggilnya semula,” katanya.

Dr. Mahathir turut mengulangi janjinya untuk menyerahkan jawatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana yang telah dipersetujui selepas menyelesaikan masalah-masalah besar negara. – MalaysiaGazette

Tags: Mahathir MohamadMaszlee MalikMenteri PendidikanRombakan Kabinet
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI: Kabinet Baharu Kerajaan MADANI

TERKINI: Kabinet Baharu Kerajaan MADANI

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan anggota pentadbiran Kerajaan MADANI yang baharu di Bangunan...

Johari Ghani Dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri

Johari Ghani Dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang baharu melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd