• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Tegaskan Modi Tidak Minta Zakir Diekstradisi

oleh
17/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan tiada permintaan ekstradisi pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik diminta oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Jelas beliau, perkara itu tidak ditimbulkan dalam pertemuan dengan pemimpin tersebut semasa Forum Ekonomi Timur (EEF) Ke-5 di Vladivostok, Rusia baru-baru ini.

“Tidak banyak negara mahu dia (Zakir). Saya berjumpa dengan Modi. Dia tidak meminta untuk lelaki ini,” katanya dalam temu bual dengan BFM’s Breakfast Grille pagi ini.

Sebelum ini media India melaporkan bahawa Modi meminta Dr. Mahathir mengambil langkah untuk mengekstradisi pendakwah kelahiran India itu yang dikehendaki New Delhi atas dakwaan menghasut keganasan dan pengubahan wang haram.

Sementara itu, Dr. Mahathir berkata, Dr. Zakir tidak lagi dibenarkan untuk bercakap secara terbuka berikutan ucapan peribadinya yang termasuk mengatakan bahawa orang Cina harus dihantar kembali ke China dan menuduh rakyat Malaysia yang beragama Hindu menjadi lebih setia kepada Modi.

“Dia bukan rakyat negara ini. Dia telah diberikan, saya fikir oleh kerajaan sebelumnya, status penduduk tetap.

“Seorang penduduk tetap tidak sepatutnya membuat sebarang komen mengenai sistem dan politik negara ini. Dia telah melanggarnya. Dia kini tidak dibenarkan bercakap,” katanya. – Sinar Harian

Tags: IndiaMahathir MohamadNarendra ModiZakir Naik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

18/07/2026
0

JELEBU - Pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India diseru agar tidak berasa khuatir atau ragu-ragu terhadap persefahaman politik...

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

01/07/2026
0

SEGAMAT - Penyandang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima sambutan luar biasa masyarakat setempat khususnya kaum Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd