• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Akan Jual Hartanah Tidak Diperlukan – Mahathir

oleh
17/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengulangi kebimbangannya mengenai keadaan kewangan negara sambal menyatakan Putrajaya sedang berusaha untuk menjual hartanah tidak diperlukan di dalam dan luar negara yang mampu memperoleh harga yang baik.

Dalam temu bual dengan stesen radio BFM hari ini, perdana menteri berkata hutang yang besar yang diwarisi kerajaannya daripada pentadbiran terdahulu menjejaskan jentera dan rancangan kerajaan untuk negara.

Beliau juga bercakap mengenai pemulihan dana 1MDB dan perundingan semula projek mega seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Selain menangguhkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan membatalkan projek lain, katanya, Putrajaya juga boleh melupuskan beberapa asetnya untuk membayar hutang.

“Dari segi jualan aset, kita mempunyai beberapa hartanah yang kita tidak perlukan pada masa ini dan boleh mendapatkan harga yang baik. Kita akan menjual (ini) untuk apa sahaja nilai yang boleh mereka beri.

“Biasanya jumlahnya tidak terlalu besar, tetapi masih mengumpul nilai agak besar,” katanya.

Ditanya sama ada hartanah ini termasuk di wilayah Iskandar Johor, Mahathir berkata beliau tidak berfikir begitu kerana ia telah pun dijual.

“Wang itu telah dibayar, bukan kepada kita, tetapi kepada orang yang menjual tanah itu. Jadi itu bukan apa yang kita cari,” katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai hartanah berkenaan, mengatakan rundingan masih berjalan.

“Kita perlu mencari harga yang baik. Kita mempunyai hartanah di Hong Kong, Singapura dan negara lain, bukan sahaja di negara ini.”

Mahathir mengulas kenyataan bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, pada Sabtu yang menuduh kerajaan yang dipimpin Pakatan Harapan mempunyai mentaliti “jual, jual, jual” dan sentiasa berusaha untuk melupuskan aset negara kepada orang asing.

Mengenai perbincangan kemelesetan ekonomi, beliau berkata negara itu boleh mengelaknya jika kerajaan diurus dengan baik. Beliau juga berkata kerajaan mempunyai kepakaran yang diperlukan untuk mencegah kemelesetan ekonomi. – FMT

Tags: jual hartanahMahathir Mohamadpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang berdepan dengan modus operandi 'pembunuhan karakter' oleh Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd