• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu: Darurat Bila IPU Melebihi 500 – Nadma

oleh
17/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Operasi Pembenihan Awan (OPA) akan dibuat di Sarawak pada atau selepas 19 September tertakluk kepada keadaan atmosfera, cuaca dan awan, kata Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Nadma yang memantau keadaan jerebu di Sarawak dan negeri-negeri lain juga dalam kenyataan hari ini berkata Darurat Bencana Jerebu hanya dibuat apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500.

Menurut Laporan Jabatan Alam Sekitar pada 8 pagi tadi, terdapat 29 kawasan mencatatkan kualiti udara tidak sihat, sangat tidak sihat (tiga) dan bahaya (satu), kata Nadma.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bahaya adalah di Sri Aman, Sarawak 359, manakala tiga stesen yang mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat adalah Port Dickson, Negeri Sembilan (207), Kuching, Sarawak (216) dan Johan Setia, Klang, Selangor (232).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Menurut Nadma, sejumlah 531 sekolah ditutup hari ini melibatkan 363,991 pelajar, iaitu di Selangor 145 sekolah, Sarawak (298), Negeri Sembilan (63) dan Putrajaya (25).

Menurut Nadma, darurat bencana jerebu pernah dilaksanakan di Kuching, Sarawak pada 19 September 1997 apabila bacaan IPU 650; pada 1 Ogos 2005  di Kuala Selangor apabila IPU 531 direkodkan di Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang, Selangor; dan 23 Jun 2013 di daerah Muar dan Ledang, Johor apabila bacaan IPU melebihi 500.

Nadma turut menasihatkan rakyat khususnya di negeri dan kawasan yang bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat dan tidak sihat untuk sentiasa berada di kawasan tertutup dan mengurangkan aktiviti fizikal dan luar.

“Jika perlu berada di kawasan terbuka, topeng muka hendaklah sentiasa dipakai demi menjaga kesihatan mereka, minum air yang mencukupi dan tidak melakukan pembakaran terbuka bagi mengelakkan keadaan jerebu bertambah buruk,” katanya.

Khusus bagi kawasan Sri Aman yang IPU melebihi 300, pemandu diingatkan untuk memasang lampu kenderaan ketika memandu, katanya.

Tags: JerebuNADMAPembenihan Awansarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd