• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Ditinggalkan Kerajaan Terdahulu Halang Royalti Minyak

oleh
13/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Isu yang ditinggalkan kerajaan terdahulu menghalang pelaksanaan janji dibuat di bawah manifesto Pakatan Harapan (PH), khususnya berkaitan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, kerajaan terdahulu menyebabkan sejumlah besar dana sama ada dibazirkan atau meletakkan Malaysia dalam keadaan bermasalah.

“Anda bercakap mengenai dana RM150 bilion, yang bukannya satu jumlah yang kecil. Ini sudah tentu memberi cabaran kepada kerajaan untuk melaksanakan janji.

“Pada masa sama, saya yakin kerajaan akan mengumumkan langkah tertentu untuk membuktikan keutamaan kepada Sabah dan Sarawak tidak berkurang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan e-dompet 1Pay dan platform e-dagang Oneshop oleh Pusat Beli-belah 1 Utama di sini hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun kerajaan mengambil langkah konkrit untuk memenuhi janjinya kepada kedua-dua negeri tersebut, dengan mengambil contoh, pembatalan perjanjian Rakan Pelaksana Projek bagi projek Lebuhraya Pan Borneo.

Guan Eng berkata, keputusan itu dibuat berasaskan rasionalisasi kos, selain untuk memastikan harga, perkhidmatan dan pelaksanaan yang lebih baik.

Ketika ditanya sekiranya kerajaan akan mempertimbangkan pandangan sesetengah pakar ekonomi bahawa cukai barang dan perkhidmatan (GST) perlu dilaksanakan semula, beliau berkata: “Kita memansuhkan GST pada Jun tahun lepas dan tidak bercadang untuk memperkenalkannya semula.”

Sementara itu, Pusat Beli-belah 1 Utama hari ini secara rasminya melancarkan e-dompet 1Pay dan laman web beli-belah dalam talian, www.oneshop.com.my.

Mengulas mengenai acara hari ini, Guan Eng berharap lebih ramai lagi peruncit melaksanakan peralihan kepada e-dagang dan e-dompet, justeru itu rakyat Malaysia dapat menikmati kaedah pembayaran yang lebih mudah, selamat dan boleh dipercayai selain transaksi tunai.

Beliau berkata, pendigitalan, persaingan dan inovasi telah membawa Malaysia mengalami pembaharuan sistem pembayaran, dengan jumlah transaksi pembayaran mudah alih meningkat 20 kali ganda kepada 34 juta transaksi pada 2018 berbanding kurang daripada dua juta pada 2017.

“Berdasarkan penembusan tinggi perbankan mudah alih dan dalam talian, kad elektronik dan e-dompet, Malaysia berada di landasan untuk mencapai kecekapan ekonomi yang lebih kukuh menerusi transaksi tanpa tunai,” katanya.

Tags: DAPLim Guan Engmanifestopakatan harapanroyalti minyak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd