• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Tahu Tak Beza Suami Dengan Isteri, Sinis Najib

oleh
13/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejurus selepas Rafizi Ramli mengeluarkan kenyataan supaya tok kadi kena semak jantina UMNO-PAS sebelum nikahkan esok, Datuk Seri Najib Razak tampil dengan dua persoalan.

Bekas Presiden UMNO itu berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahu tak perbezaan suami dengan isteri.

Tanyanya lagi, antara DAP dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), siapa pula yang suami atau isteri.

Persoalan itu dilontarkan selepas Rafizi membangkitkan hubungan UMNO dan PAS sejak tahun 1970an.

Hubungan marah dan cinta antara PAS dengan UMNO ini sudah lama.

Katanya, UMNO dilabelkan PAS sebagai tidak Islam selepas kedua-dua parti ini ‘bercerai selepas berkahwin kali pertama pada tahun 1970an’.

Itu cerita dulu, kata Naib Presiden PKR itu kerana UMNO dan PAS sekarang sudah selesai meminang dan esok akan berkahwin di PWTC.

“Kita tidak tahu yang mana lelaki yang mana perempuan.

“PAS beritahu ahlinya yang dalam perkahwinan itu, PAS adalah lelaki yang memimpin. Kalau PAS ucap saja, jatuh talak tiga jadi UMNO tidak boleh main-main.

“UMNO beritahu ahlinya PAS adalah jandanya yang sekarang gila talak dengan UMNO setelah berpuluh tahun memaki hamun UMNO. UMNO bukan cinta sangat kepada PAS, cukup untuk dipakai sahaja,” katanya yang menyifatkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap berjasa kerana menyatu dan memisahkan UMNO-PAS.

Beliau turut meramalkan ‘perkahwinan UMNO-PAS kali ini akan terburai.

Hanya tunggu masa kerana mereka tidak tahu siapa yang suami dan siapa yang isteri dalam perkahwinan itu dan apabila strategi politik itu tidak menjadi, mereka akan kembali kafir mengkafir seperti dulu.

Sindir Najib lagi Najib, parti Amanah itu kita tak perlu ditanya kerana ramai percaya hubungan mereka lebih kepada bapa dengan anak. – MalaysiaGazette

Tags: Najib Tun Razakpakatan harapanPKRRafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang berdepan dengan modus operandi 'pembunuhan karakter' oleh Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd