• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahasiswa Bantah Gabung UMT Dan UniSZA

oleh
13/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seramai 1,000 mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengadakan solidariti membantah cadangan gabungan universiti itu dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Himpunan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Kesatuan Alumni MPP UMT itu berlangsung selama lebih satu jam bermula jam 5.30 petang tadi.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT, Hasyimi Hasyim Mohd Suddin, 22, berkata, bantahan secara aman itu diadakan bagi menolak cadangan penggabungan itu.

“Kami menuntut penjelasan daripada pihak Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung cadangan itu.

“Kami juga akan menghantar petisyen bantahan kepada KPM berhubung bantahan penggabungan dua universiti ini,” katanya ketika ditemui selepas Himpunan Tolak Penggabungan UMT-UniSZA di Dewan Sultan Mizan, UMT di sini hari ini.

Sementara itu, Naib Yang Dipertua 1, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT, Nur Ainaa’ Meor Ahmad Nazizan, 22, berkata, himpunan itu diadakan bagi menyatakan pendirian 10,000 mahasiswa universiti itu serta seluruh kakitangan UMT.

Katanya, penolakan gabungan dua universiti itu dibuat bagi mengekalkan fokus kedua-dua universiti.

“UMT terkenal dengan kepakaran dalam bidang maritim manakala UniSZA mempunyai kepakaran tersendiri.

“Kami khuatir dengan penggabungan ini, indentiti dan fokus universiti ini akan hilang begitu sahaja,” katanya.

Katanya, setakat ini pihaknya telah mengumpul 9,000 pungutan suara bantahan secara dalam talian (online).

“Petisyen yang dibuka secara online sejak Isnin lalu itu telah ditandatangani 9,000 pelajar UMT,” katanya.

Tags: mahasiswaSolidaritiUMTUniSZaUniversiti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Pembelajaran Perlembagaan Persekutuan dan sejarah Malaysia akan diperkenal menerusi mata pelajaran umum di semua universiti termasuk swasta kepada seluruh...

Pelajar UniSZA Maut Dirempuh Kereta Langgar Lampu Merah

Pelajar UniSZA Maut Dirempuh Kereta Langgar Lampu Merah

05/01/2026
0

KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar wanita Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) disahkan meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaikinya dirempuh sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd