• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri PH Pembohong Atau Lemah Matematik – Najib

oleh
12/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kekecohan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad berbalas Twitter dengan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii berhubung isu gegantung Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) dirancakkan lagi dengan komen bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Sambil mengambil keratan Twitter Khalid dan dikongsi di laman Facebooknya, Najib turut mengeluarkan komen sinis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam itu.

“Saya tidak pasti sama ada menteri Pakatan Harapan itu seorang pembohong, lembab membaca atau lemah matematik.

“Dia kata permohonan hanya untuk 150 gegantung sahaja, tapi terang-terang surat permohonan adalah untuk 1,000 gegantung.

“Siapa yang tak jujur, siapa penipu dan siapa yang memperalatkan agama sebenarnya?” katanya dalam kenyataan di Facebook semalam.

Isu gegantung sempena HPU yang dijadualkan berlangsung selama dua hari bermula esok, mencetuskan pertikaman lidah antara Khalid dengan Mohd Razlan.

Khalid menerusi kenyataannya di Twitternya (makluman oleh DBKL), UMNO hanya membuat permohonan untuk pemasangan sebanyak 150 unit gegantung.

Sedangkan berbeza dengan surat permohonan rasminya yang dikongsi Mohd Razlan menunjukkan permohonan sebanyak 1,000 gegantung. – Sinar Harian

Tags: gegantunghimpunan penyatuan ummahKhalid SamadNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

Diterajui Khalid, Amanah Kelantan Sedia Kerjasama Dengan BN

Diterajui Khalid, Amanah Kelantan Sedia Kerjasama Dengan BN

02/02/2023
0

Bekas menteri, Khalid Samad, kini menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Amanah Kelantan dalam usaha parti itu memastikan Pakatan Harapan (PH) memenangi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd