• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Negeri Dibantu Walaupun Berbeza Fahaman Politik – Najib

oleh Ahmad Albab
27/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semua kerajaan negeri akan dipastikan mendapat bantuan sewajarnya daripada Kerajaan Persekutuan meskipun berbeza fahaman politik.

Perdana Menteri mengambil contoh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Kelantan berkaitan aspek kebajikan rakyat, yang disifatkan beliau sebagai amat murni dan perlu diteruskan.

Dalam Ucapan Perdana Menteri Mengenai Perjumpaan Dengan Menteri Besar Kelantan yang dimuat naik dalam laman blog peribadinya www.najibrazak.com hari ini, Najib berkata Kerajaan Persekutuan sentiasa memberi perhatian kepada kebajikan rakyat Kelantan.

“Pada Isnin yang lalu, saya telah mengadakan perjumpaan rasmi dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob di Putrajaya di mana kami telah membincangkan beberapa perkara berkaitan kebajikan rakyat Kelantan yang sentiasa diberi perhatian oleh Kerajaan Persekutuan.

“Saya merasakan kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan di bawah kepimpinan Datuk Ahmad Yaakob adalah sebuah usaha yang amat murni.

“Kerjasama ini perlu dipertingkatkan demi kebajikan rakyat Kelantan dan pemerkasaan ummah,” katanya dalam audio berdurasi 1 minit 17 saat berkenaan.

Pada Isnin lepas, Najib bertemu dengan Ahmad di Putrajaya bagi membincangkan dua isu utama berkaitan kesejahteraan rakyat Kelantan iaitu persiapan akhir migrasi air dan jajaran “Central Spine Road” sepanjang 417 kilometer dari Kota Baharu, Kelantan sehingga ke Simpang Pelangai, Pahang.

Perdana Menteri dalam catatan di laman Facebook miliknya selepas itu turut memuat naik dua keping gambar yang menunjukkan kedua-dua pemimpin berkenaan berjabat tangan dan mengadakan perbincangan. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razakpolitik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berhenti Guna Isu Minyak ‘Gula-Gulakan’ Rakyat, Zaman Malaysia ‘Kaya’ Hasil Minyak Sudah Berlalu

Berhenti Guna Isu Minyak ‘Gula-Gulakan’ Rakyat, Zaman Malaysia ‘Kaya’ Hasil Minyak Sudah Berlalu

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Generasi hari ini diminta supaya memahami dan bersedia menghadapi realiti baharu bahawa zaman Malaysia 'kaya' dengan hasil...

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa kini bukan masa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd