• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Dipercayai Didera

oleh
11/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera sepasang suami isteri yang merupakan penjaganya di Kandang di sini semalam.

Mangsa dilaporkan dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Melaka dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh pasangan terbabit yang berusia 45 dan 35 tahun kira-kira pukul 2 pagi.

Sumber berkata, kanak-kanak tersebut kemudian diberikan bantuan pernafasan (CPR), namun gagal diselamatkan.

“Bagaimanapun kita percaya kanak-kanak itu didera kerana terdapat kesan lebam serta parut di kepala dan paha mangsa. 

“Satu laporan polis juga telah dibuat oleh pihak hospital berhubung kejadian tersebut,” katanya. 

Difahamkan pasangan itu telah menjaga kanak-kanak tersebut sejak akhir Julai lalu. 

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nor Yhazid Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. 

Katanya, kedua-dua pasangan itu juga telah ditahan dan mendapat perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Bagaimanapun kita masih menunggu laporan bedah siasat kanak-kanak itu yang dijalankan hari ini,” katanya.

Tags: kanak-kanakKes derapolisSuami Isteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd