• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KTMB Bakal Perkenal Koc Kelas Perniagaan Dilengkapi Pramugari

oleh
11/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal memperkenalkan perkhidmatan koc “business class” (kelas perniagaan) bagi perkhidmatan tren elektrik terbarunya ETS2, bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd Rani Hisham Samsudin berkata koc kelas perniagaan eksklusif itu, 1 daripada 6 gerabak ETS2 direka khas, sebagai pilihan untuk penumpang yang mahukan kelainan tersendiri ketika menaiki perkhidmatan tren itu, selain dilengkapi kemudahan kondusif seiring jenama kelas perniagaan tersebut.

“Ini termasuk tempat duduk luas dan selesa berbanding koc biasa, serta perkhidmatan pramugara dan pramugari khusus bagi koc kelas perniagaan. Penumpang dalam gerabak itu turut akan ditawarkan kemudahan khas seperti kit perjalanan, Audio Video-On-Demand (AVoD) serta port USB,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tiket tren bagi perjalanan bermula dari 11 Oktober itu akan dijual mulai 8.30 pagi 12 September ini.

Katanya, perkhidmatan tren elektrik (ETS) amat popular dalam kalangan penumpang KTMB dan sepanjang tahun lepas, sejumlah 3.91 juta orang menggunakan perkhidmatan kereta api itu.

“Sehingga Julai tahun ini sahaja, sebanyak 2.15 juta orang menaiki ETS, purata 10,400 penumpang sehari. Penambahan set-set tren ETS2 itu sejajar dengan hasrat kerajaan meningkatkan penggunaan perkhidmatan awam berasaskan rel.

“Dua perkhidmatan tren terbaru itu menjadikan keseluruhan 38 perkhidmatan ETS beroperasi setiap hari. Ia sebahagian daripada 9 set tren ETS2 yang bakal diterima peneraju perkhidmatan rel nasional itu secara berperingkat sehingga suku pertama tahun depan,” katanya.

Bersempena dengan pengenalan koc baru itu, KTMB turut mengumumkan harga tiket promosi RM50 untuk dewasa bagi perjalanan sehala antara KL Sentral dan Ipoh, Perak, manakala RM112 bagi perjalanan KL Sentral-Padang Besar, Perlis dan promosi itu sah bagi perjalanan di antara 11 Oktober sehingga 30 November 2019.

Sementara warga emas, pesara kerajaan dan isteri, orang kelainan upaya (OKU), kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun pula layak menerima diskaun konsesi, manakala kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun (tanpa tempat duduk) tidak dikenakan sebarang bayaran.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung ETS2 di laman sesawang rasmi KTMB, www.ktmb.com.my atau ktmberhad (Facebook), ktmbofficial (Instagram), @ktm_berhad (Twitter) atau menerusi Pusat Panggilan 24 jam KTMB di talian 03-22661200.

Tags: ETS2kelas perniagaanKTMBPramugaraPramugari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

21/02/2026
0

JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd