• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Juga Kafir Apabila Kerjasama Dengan UMNO – Mahathir

oleh
10/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara sinis meminta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataan bahawa UMNO kafir sebelum kedua-dua parti itu menjalinkan kerjasama atau memeterai piagam, Sabtu ini.

Kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, jika PAS tidak menarik balik ‘gelaran’ itu maka parti tersebut juga disifatkan kafir kerana menjalinkan kerjasama dengan UMNO yang pernah dikatakan kafir dahulu.

Dalam masa sama, Dr. Mahathir juga melihat kerjasama di antara kedua-dua parti yang pernah bermusuh sejak sekian lama itu tidak memberikan sebarang makna.

“Tak jadi apa (kerjasama UMNO-PAS). UMNO ini kafir, PAS kata dahulu. Apabila PAS bekerjasama dengan UMNO yang dikatakan kafir, maka PAS pun akan jadi kafir.

“Sebabnya, PAS tidak pernah menarik balik kenyataan itu… Masih ada, amanat Hadi kata UMNO kafir masih belum ditarik balik sehingga hari ini.

“Kalau PAS tidak mahu jadi kafir, buatlah satu kenyataan kata kami minta maaf kerana pernah mengatakan UMNO kafir. Tarik balik secara rasmi, barulah ada piagam,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian Konvensyen Padi Kebangsaan 2019 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub dan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai Piagam Muafakat Nasional antara PAS dan UMNO yang bakal dimeterai pada 14 September ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Program yang berlangsung selama dua hari dengan kemuncaknya pada 14 September itu bakal menyaksikan kedua-dua parti akan menandatangani piagam kerjasama UMNO dan PAS oleh kedua-dua Presiden parti berkenaan yang dilihat bakal mengukuhkan blok pembangkang dengan hasrat menjaga kepentingan orang Melayu dan Islam. – UTUSAN ONLINE

Tags: Abdul Hadi AwangKafirMahathir MohamadPASUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd