• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Golongan Muda Digalak Bekerja Di Kedai

oleh
09/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kementerian Sumber Manusia menggalakkan anak muda tempatan supaya menceburkan diri dalam pekerjaan di kedai-kedai bagi mengelakkan kebergantungan terhadap pekerja warga asing di negara ini.

Menterinya, M. Kula Segaran berkata, kebanyakan anak muda pada masa kini yang berjaya menjadi usahawan dalam pelbagai bidang perniagaan seperti berasaskan minuman juga wajar dijadikan contoh kepada semua golongan muda.

“Contohnya, Kedai Tea Aroi berasaskan minuman di Pekan Lama Ipoh ini diusahakan orang muda dan semua pekerjanya warga tempatan malah tidak memohon untuk mendapatkan pekerja warga asing,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Seni Mural dan Pembukaan Kedai Tea Aroi di Pekan Lama di sini, hari ini.

Turut hadir Datuk Bandar Ipoh, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan rakan kongsi Tea Aroi, yang hanya mahu dikenali sebagai Simon Ng.

Dalam pada itu, Kula Segaran berkata, tahap keselamatan di sekitar Ipoh perlu ditingkatkan sempena Tahun Melawat Malaysia pada tahun hadapan memandangkan ia antara lokasi tumpuan pelancong yang mempunyai pelbagai tarikan.

“Difahamkan jumlah kemasukan pelancong semakin meningkat pada tahun ini yang mana memberi keuntungan kepada rakyat dan dapat menyumbangkan pendapatan kepada negara, jadi keselamatan pelancong perlu ditingkatkan supaya mereka berasa selamat di sini.

“Pihak polis perlu sentiasa berada di kawasan tumpuan pelancong untuk memperbaiki tahap keselamatan manakala Datuk Bandar boleh menumpukan perhatian bagi meningkatkan tarikan pelancongan di Pekan Lama,” katanya.

Majlis pembukaan itu turut diserikan dengan persembahan kompang daripada 14 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tambun, tarian India dan tarian Singa yang turut menarik perhatian orang ramai di Pekan Lama.

Tags: kedaikula segaranpekerjawarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Tidak Boleh Lepas Tangan Isu Kula – PAS

DAP Tidak Boleh Lepas Tangan Isu Kula – PAS

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – DAP tidak boleh mengambil sikap 'lepas tangan' berhubung kehadiran Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri...

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd