• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Timbang Tawaran Jet Pejuang Baharu Rusia

oleh
05/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

VLADIVOSTOK – Malaysia amat berhati-hati untuk berbelanja terlalu banyak wang menggantikan jet pejuang Rusia SU dan MiG dengan versi baharu.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, namun kerajaan sentiasa melihat kemungkinan mendapatkan pesawat baharu dari negara itu.

“Kita mendapati ia (jet yang kini digunakan di Malaysia) sudah terlalu lama dan mungkin prestasinya tidak sebaik dengan versi baru, namun wang adalah suatu yang kita gusarkan. Menggunakan terlalu banyak wang untuk jet pejuang mahal amat tidak produktif bagi kita.

“Kita tidak mahu berperang dengan sesiapa,” katanya ketika ditanya agensi berita Sputnik mengenai hasrat untuk menggantikan jet Rusia yang lama dengan jet Su-35 atau Su-57.

Menurutnya, Malaysia perlu memastikan tahap teknologi pasukan pertahanannya sentiasa dalam keadaan terbaik dan terkini.

“Ini adalah ‘permainan’ (model terbaru) yang mahal. Kita akan melihat kemungkinan mengkaji mengenai mendapatkan pesawat baru daripada Rusia dan jet yang lain,” katanya.

Dr. Mahathir berkata, Malaysia mengkaji tawaran Rusia untuk mengambil semula jet pejuang MiG yang lama dan menggantikannya dengan MiG-35 tetapi semuanya membabitkan persoalan wang kerana negara tidak memperuntukkan banyak dana untuk pertahanan.

Katanya, Malaysia terpaksa menimbang dengan serius tawaran menyerahkan kembali jet lama kerana terlalu sukar menjual semula pesawat itu.

“Kita sebenarnya mengkaji tawaran mereka mengenai mengambil semula MiG lama dan membekalkan kepada kita dengan versi baharu, saya rasa MiG-35.

“Bagaimanapun, sudah tentu kita masih perlu membayar sejumlah besar wang dan Malaysia bukan sebuah negara yang membelanjakan banyak wang untuk pertahanan,” katanya.

Dr. Mahathir berkata, tawaran itu boleh memberi manfaat kerana negara mahu memastikan pasukan pertahanan berada di tahap tertinggi tanpa perlu banyak berbelanja.

“Hanya dua peratus daripada bajet diperuntukkan untuk pertahanan. Kami membelanjakan 25 peratus daripada bajet untuk pendidikan,” katanya.

Perdana Menteri Malaysia itu kini berada di bandar Vladivostok, Rusia untuk menghadiri Forum Ekonomi Timur yang akan berlangsung sehingga Jumaat.

Tags: jet pejuangMahathir MohamadMiG-35RusiaSU-35
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Dakwa Berjaya Tembak Jatuh F-35, Amerika Pantas Nafi, Kata Ia Berjaya Buat Pendaratan Cemas 

Iran Dakwa Berjaya Tembak Jatuh F-35, Amerika Pantas Nafi, Kata Ia Berjaya Buat Pendaratan Cemas 

21/03/2026
0

WASHINGTON/TEHRAN – Sebuah pesawat pejuang siluman F-35 milik Amerika Syarikat dilaporkan terpaksa melakukan pendaratan cemas di pangkalan udara AS di...

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd