• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadirin Tidak Sangka Demonstrasi Berakhir Dengan Tragedi

oleh
04/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Hadirin termasuk media yang menyaksikan pelancaran Divisyen Kelima Infantri dan Briged ke-13 Infantri di Kem Lok Kawi dekat sini, pagi tadi tidak menyangka acara demonstrasi di majlis itu berakhir dengan tragedi meragut nyawa seorang pegawai komando.

Seperti yang diumumkan oleh pengacara majlis, aksi gimik itu menyaksikan pertembungan antara ‘kumpulan pengganas’ dengan tentera menggunakan peluru hidup merupakan acara akhir pada majlis tersebut bagi menunjukkan anggota pasukan keselamatan menumpaskan kumpulan pengganas.

Kesemua mereka memakai jaket kalis peluru semasa melakonkan aksi-aksi tersebut.

Pegawai Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas, Mejar Mohd. Zahir Armaya memainkan peranan sebagai ‘ketua kumpulan pengganas’ dalam demonstrasi tersebut.

Bernama yang membuat liputan acara pelancaran itu melihat gimik dengan Mohd Zahir secara berhadapan melepaskan sedas tembakan menggunakan pistol terhadap seorang pegawai tentera menyebabkan pegawai tentera itu dilihat menahan kesakitan dan berlutut.

Selepas itu, pegawai berkenaan bangun semula dan melepaskan sedas tembakan menggunakan pistol ke arah Mohd. Zahir yang berdiri dalam jarak dekat secara membelakang dengan sasaran satu botol berisi cecair merah di jaket kalis peluru dipakai Mohd. Zahir.

Tembakan itu menyebabkan Mohd. Zahir terus rebah dan tidak bangun semula lalu dua anggota tentera menariknya ke tepi padang kawad.

Mohd. Zahir kelihatan tidak sedarkan diri dan dipercayai mengalami kecederaan serius.

Anggota perubatan tentera yang berada di majlis pelancaran itu kemudian memberi rawatan awal sebelum mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) 1 Kota Kinabalu. 

Mohd. Zahir disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 9.20 pagi di hospital itu.

Tags: Mejar KomandoMejar Mohd. Zahir ArmayaTentera Darat Malaysiaterkena tembakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohammad Dijangka Dilantik Panglima Angkatan Tentera Esok

Mohammad Dijangka Dilantik Panglima Angkatan Tentera Esok

05/09/2023
0

KUALA LUMPUR – Beberapa tampuk kepimpinan Tentera Darat Malaysia (TDM) akan berlaku perubahan ekoran Panglimanya, Tan Sri Mohammad Ab. Rahman...

Remaja Cedera Terkena Tembakan Cuba Langgar Polis

02/12/2019
0

PADAH cuba melarikan diri dan merempuh polis, remaja lelaki berusia 15 tahun cedera terkena tembakan di bahu kiri di Kedai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd