• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lori Hadapi Tuduhan Komen Perkauman

oleh
04/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Seorang pemandu lori berusia 37 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengeluarkan komen perkauman berbaur provokasi di media sosial.

Tertuduh, C. Bathu Malai bagaimanapun mengaku tidak salah selepas pertuduhan keatasnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Siti Khairiah Abdul Razak.

Menurut kertas pertuduhan, dia dengan sengaja menghina orang Melayu di laman media sosial Facebook menggunakan nama Darsheini Malai sehingga menyebabkan provokasi.

Kesalahan itu didakwa dilakukan oleh lelaki berkenaan di sebuah kedai makan di pekan Jementah, Johor pada pukul 5 petang, 29 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, A. Ashwini, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Eric Yeow Kok Heng.

Kok Heng memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan memandangkan anak guamnya perlu menanggung isteri dan seorang anak.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan perlu melapor diri di balai polis berhampiran sekali sebulan sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 11 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tags: facebookpemandu loriperkaumanprovokasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FB Najib Razak Kongsi Ucapan Syukur Pembukaan LRT3

FB Najib Razak Kongsi Ucapan Syukur Pembukaan LRT3

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Najib Razak memuat naik ucapan syukur dan tahniah kepada rakyat Selangor susulan pembukaan laluan Transit...

Kita Lawan DAP Bukan Sebab Cina, Tapi Sebab Kebebalan DAP – Akmal Saleh

Kita Lawan DAP Bukan Sebab Cina, Tapi Sebab Kebebalan DAP – Akmal Saleh

26/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengemukakan soalan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd