• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Keperluan Lanjut Had Umur Bersara 65 Tahun – Mahathir

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PHNOM PENH – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tiada keperluan untuk melanjutkan had umur bersara mandatori daripada 60 kepada 65 tahun.

Beliau setuju dengan pendapat Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mengekalkan had umur bersara pada 60 tahun agar ia tidak menyekat peluang pekerjaan generasi muda.

“Jangan kata Perdana Menteri berumur 94 tahun tidak bersara pun. Saya bukan tidak bersara, tetapi dipanggil semula untuk bekerja.

“Kalau kita tetapkan pegawai bersara umur 65 tahun, ‘deadwood’ nanti pun duduk atas kerusi itu dan orang lain tidak boleh duduk (naik pangkat).

“Bagi saya, eloklah sampai 60 tahun,” katanya pada satu sidang akhbar bersama media Malaysia sempena lawatan rasmi tiga harinya ke Kemboja hari ini.

Mahathir berkata, terdapat negara yang tiada had umur bersara dan mereka boleh kerja sampai bila-bila tetapi ia akan menyekat peluang generasi muda.

“Zaman saya dulu, kita melanjutkan had usia bersara dari 55 kepada 56 tahun sebelum ia dilanjutkan sehingga 60 tahun oleh kerajaan selepas saya,” katanya. 

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan agar had usia bersara dilanjutkan kepada 65 tahun seperti di negara-negara maju, termasuk Singapura.

Semalam, Syed Saddiq membantah cadangan itu berkata kerajaan harus memberi fokus untuk menyediakan peluang pekerjaan berkualiti kepada generasi muda dan bukan menyekat potensi mereka.

Tags: had umur bersaraMahathir MohamadPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, semangat federalisma sememangnya menjadi satu kewajipan yang...

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR -Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa Perdana Menteri bukan Pendakwa Raya dan tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd