• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kempen Pelik, Cuba Sabotaj Ekonomi” – MCA

oleh
03/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kempen utamakan produk keluaran Islam yang disebarkan melalui media sosial dilihat sebagai bercanggah dengan semangat negara serta langkah mensabotaj ekonomi. 

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, perkara lebih penting sepatutnya adalah menyokong produk ‘Buatan Malaysia’ dan semua barangan tempatan kerana kebanyakan syarikat mempunyai pekerja yang terdiri daripada pelbagai kaum serta agama. 

“Jangan mengeruhkan lagi keadaan kerana orang Melayu merupakan pekerja paling ramai dan jangan sakiti sesiapa kerana tiada ahli perniagaan akan memilih pelanggan berdasarkan bangsa dan agama. Malah, seruan boikot itu adalah pelik dan tidak rasional. 

“Kita baru sahaja menyambut Hari Kebangsaan, jadi apakah mesej cuba dihantar kepada dunia di luar sana? Kebanyakan produk tempatan sudah mempunyai kepatuhan Halal dan pihak pengeluar menyasarkan produk mereka kepada semua rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Kelmarin, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mahu UMNO dan PAS membantu menghentikan kempen boikot produk bukan bumiputera kerana gerakan itu tidak menguntungkan dan boleh menggugat perpaduan negara.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, sekiranya UMNO dan PAS tidak memusuhi masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu, kedua-dua parti itu seharusnya membantah kempen tersebut. 

Dalam pada itu, Parti Gerakan turut mengutuk tindakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melancarkan kempen memboikot produk keluaran bukan Islam menerusi media sosial dengan menganggap usaha itu tidak matang dan merosakkan perpaduan kaum.

Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, hal itu tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat berbilang kaum kerana apa-apa sahaja produk yang mempunyai sijil halal sama ada dijual oleh orang Islam atau bukan Islam, produk itu tetap mematuhi peraturan halal. – UTUSAN ONLINE

Tags: MCAproduk halalproduk muslimSabotaj EkonomiWee Ka Siong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - MCA mempersoalkan bagaimana kerajaan menentukan bahawa 10 peratus rakyat Malaysia yang menggunakan minyak RON95 lebih daripada 200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd