• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warganet Nafi Boikot Produk Bukan Islam

oleh
02/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Warnaget menafikan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa pengguna Islam melakukan kempen memboikot produk perniagaan keluaran peniaga bukan Islam.

Sebaliknya kebanyakan mereka memberitahu kempen itu dijalankan untuk mengutamakan produk keluaran peniaga bumiputera.

Seorang pengguna akaun Facebook yang menggunakan nama Zuera Rashid memberitahu kempen itu dijalankan hanya untuk membantu memajukan produk keluaran orang Islam.

“Kami tak boikot produk bukan Islam cuma kami nak memajukan produk orang Islam sahaja,” tulisnya.

Guan Eng selaku Menteri Kewangan dalam kenyataannya semalam mahu UMNO dan PAS membantu menghentikan kempen memboikot produk bukan bumiputera kerana gerakan itu tidak menguntungkan dan boleh menggugat perpaduan negara.

Katanya, kempen itu bukan hanya akan menjejaskan perpaduan negara tetapi boleh menyebabkan pengguna memboikot produk yang lebih baik dan murah.

Dalam pada itu, pemilik akaun Awears Affnan turut menafikan kenyataan Guan Eng dan menegaskan hanya ingin membantu usahawan bumiputera.

“Bukan boikot, utamakan produk Muslim secara tidak langsung orang Islam akan beli keperluan harian 99 peratus barangan Muslim tiap-tiap hari,” kongsinya dalam akaun Facebook.

Sementara itu, pemilik akaun Twitter, Zainudin Osman turut mempersoalkan kenyataan Guan Eng mengaitkan isu tersebut dengan pembelian telefon.

“Kita kempen utamakan membeli produk Muslim bukan boikot produk bukan Muslim.

“Yang Guan Eng pergi buat lawak boikot telefon ini apa cerita?” soalnya. – UTUSAN ONLINE

Tags: bumiputerapeniaga bukan islamproduk muslimwarganet
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

Asyraf Wajdi ‘Bengang’ Mara Dikritik Kerana Bantu Bumiputera

Asyraf Wajdi ‘Bengang’ Mara Dikritik Kerana Bantu Bumiputera

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki melahirkan rasa kecewa apabila masih terdapat pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd