• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adakah Pencarum KWSP Patut Menjadi Pelabur?

oleh
02/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang perancang kewangan mempersoalkan bayaran yang dikenakan dan risiko dihadapi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekeja (KWSP) untuk melabur dalam dana unit amanah yang dikenali sebagai i-Invest.

Walaupun i-Invest kelihatan seperti prospek menarik bagi mereka yang mahu mempunyai lebih banyak hak bersuara ke atas simpanan mereka, ahli KWSP mungkin terdedah kepada risiko pulangan tidak baik daripada pengurus dana kurang berprestasi.

KWSP berkata, caj jualan sehingga 0.5% akan dikenakan, iaitu bayaran lebih rendah daripada 3% yang dikenakan ejen lain.

Tetapi, perancang kewangan veteran, Robert Foo berkata ahli KWSP tidak sepatutnya perlu membayar caj jualan sama sekali kerana pengurus dana kini boleh mendapat manfaat lebih banyak daripada KWSP dengan akses kepada berjuta pencarum aktif KWSP.

Katanya, ahli KWSP bukan saja akan membayar caj jualan 0.5%, tetapi juga yuran pengurusan dikenakan pengurus dana sehingga 1.5%.

“Sesetengah dana global hanya mengenakan caj 1% bagi yuran pengurusan.

“Ini tidak masuk akal kerana institusi pengurusan dana yang memerlukan KWSP dan pencarumnya, bukan sebaliknya.”

Beliau berkata, KWSP perlu memansuhkan caj jualan peratusan yang memihak kepada bayaran tetap seperti caj jualan RM15 atau memaksa pengurus dana mengambil peratusan yuran pengurusan tahunan lebih rendah.

Satu lagi masalah yang mungkin timbul ialah sesetengah pengurus dana tidak dapat mengatasi pulangan yang diberikan KWSP dalam tempoh 3 tahun.

“Jadi, kenapa KWSP meluluskan dana apabila ia tidak dapat mengatasi KWSP?”

Katanya, KWSP perlu memfokuskan cara meningkatkan dana rakyat, bukannya membenarkan pencarum melaburkan wang mereka dalam dana yang mungkin tidak dapat memberi pulangan banyak.

Bagaimanapun, Ketua Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias berkata caj jualan awal dihadkan kepada 0.5% dan pengurus dana boleh memilih mengurangkan caj itu.

Katanya, sejak i-Invest dilancarkan pada pertengahan bulan lalu, sesetengah pengurus dadan tidak mengenakan caj jualan.

Had 0.5% ialah pengurangan ketara daripada 3% yang dikenakan ejen lain dan ia jauh lebih rendah daripada 5% hingga 6% untuk pelaburan tunai.

Mengenai institusi pengurusan dana kurang berprestasi, Tunku Alizakri berkata, KWSP membenarkan ahlinya melabur dalam lebih 390 dana dan mereka hanya boleh mengeluarkan jumlah tidak melebihi had simpanan ditetapkan KWSP.

“Ahli perlu melakukan kajian lebih baik dan memahami apa matlamat pelaburan mereka sebelum membuat pelaburan sedemikian.” – FMT

Tags: i-investKWSPPelaburPencarum
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Urus Air Pun Gagal, Ini Nak Urus Naratif Minyak Dunia Pula?’ – Mahfuz

‘Urus Air Pun Gagal, Ini Nak Urus Naratif Minyak Dunia Pula?’ – Mahfuz

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menegaskan isu bekalan tenaga tidak seharusnya dipolitikkan kerana...

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd