• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Salah Jumpa PM, Asal Tak Jual Nama, Maruah, Parti – Annuar

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Tidak menjadi kesalahan untuk sesiapa sahaja berjumpa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad asalkan tidak menggadaikan maruah serta parti politik yang disertai.

Setiausaha Agong UMNO, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di Twitter miliknya memberitahu keterbukaan amat diperlukan dalam perkara tersebut.

“Saya rasa jumpa PM tak salah. Setahu saya ramai juga yang jumpa, jumpalah.

“Apa salahnya, asal jangan jual nama, jual orang, jual maruah atau jual parti…keterbukaan diperlukan,” ciapnya semalam.

Annuar menegaskan, pemimpin tentu tahu apa yang harus dibuat, hanya yang cekal akan beristiqamah.

Ciapan Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu dipercayai merujuk kepada laporan berhubung bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini sedang disiasat lembaga disiplin UMNO dan turut dikaitkan dengan beberapa tindakan anggota Parlimen Sembrong itu yang dikatakan melanggar beberapa peraturan termasuk mengadakan pertemuan dengan Dr. Mahathir.

Sebelum ini, dalam ciapan berlainan, Annuar menegaskan Hishammuddin berjumpa dengan Dr. Mahathir atas kapasiti peribadi.

“Rasanya tidak salah dan pengurusan UMNO tidak terima sebarang aduan. LD (lembaga disiplin) badan bebas. Kalau ada prima facie, MKT (majlis kepimpinan tertinggi) diberitahu. Setakat ini tak ada apa pun,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Annuar MusaHishammuddin Tun HusseinUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd