• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Besi Konkrit Timpa Pekerja MRT Semantan, 1 Maut 1 Parah

oleh AK-47
28/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG buruh binaan maut manakala seorang lagi rakannya cedera parah akibat dihempap palang besi konkrit yang terjatuh di tapak pembinaan Mass Rapid Transit (MRT) Semantan, di Kuala Lumpur  hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 1.40 tenghari tadi, dipercayai berpunca daripada runtuhan selepas tali pengikat untuk mengangkut besi ke bahagian atas terputus menyebabkan beberapa palang besi konkrit terjatuh di atas pekerja-pekerja terbabit.

Insiden ini disahkan oleh pihak Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, setakat ini hanya dua pekerja didapati terbabit dalam insiden berkenaan namun pihak pengurusan syarikat berkenaan masih menunggu laporan penuh berhubung kejadian sebelum boleh mengeluarkan kenyataan lanjut.

“Mangsa, Rijaul Abdul Goni, 40 tahun mati di tempat kejadian. Seorang lagi Shanaullah, 37  tahun, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur,” kata Pengarah Komunikasi Strategik & PR MRT Corp Amir Mahmood Razak.

Menurut Amir, kedua-dua mangsa merupakan warga Bangladesh.

MRT Corp dalam kenyataannya kesal dengan kejadian tersebut dan akan mengumumkan maklumat lanjut sekali lagi, hari ini.

Pihak MRT Corp memaklumkan, semua kerja di lokasi kejadian ditangguh buat sementara waktu sehingga siasatan selesai. – MYNEWSHUB.CC

Video – Info Mengenai MRT
https://www.youtube.com/watch?v=MNA1bOlHQVo

Tags: kemalangan mautmautMRT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Rasionalisasi yang dilaksanakan terhadap projek LRT3 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara tahun 2018 hingga 2020 mendapati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd