• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Royalti Kelantan ‘Sangkut’ Di Kementerian Kewangan

oleh
28/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan yakin akan menerima royalti minyak sebagaimana yang dijanjikan Perdana Menteri namun cek pembayarannya, dipercayai ‘tersangkut’ di Kementerian Kewangan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, hanya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mampu menjawab kelewatan itu.

Ini kerana katanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sudah memberi jaminan Kelantan akan menerima bayaran royalti berkenaan.

“Sudah dua kali kita jumpa Perdana Menteri, saya nak kata apa sebab ia ‘tersangkut’ di Kementerian Kewangan.

“Walaupun isu itu dimasukkan dalam mesyuarat majlis kewangan negara, apa lagi masalah yang timbul?” katanya pada sidang akhbar Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim hari ini.

Mohd Amar yang juga Naib Presiden PAS berkata, tiada usaha baharu akan dibuat sebaliknya mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

Sebelum ini, kerajaan Persekutuan menjangkakan akan menyelesaikan royalti petroleum yang menjadi tuntutan kerajaan Kelantan April lalu, selepas kerajaan negeri menyelesaikan proses menarik balik saman di mahkamah.

Bagaimanapun Mohamed Azmin berkata, kerajaan Persekutuan membayar sebahagian daripada tuntutan tersebut, manakala selebihnya tertangguh kerana pertikaian melibatkan saman yang dikemukakan oleh kerajaan negeri ke atas kerajaan Persekutuan dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Kelantan juga menarik balik saman terhadap Petronas dan kerajaan berhubung perkara itu. – Sinar Harian

Tags: KelantanMohd Amar Nik AbdullahPASroyalti minyak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

07/08/2026
0

PASIR PUTEH - Semua pihak diminta tidak berasa khuatir dengan isu perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu membabitkan kerjasama...

Zamir Ghazali Dakwa Akan Keluarkan Simpanan Tabung Haji Jika UMNO-PAS Bentuk Kerajaan Persekutuan

Zamir Ghazali Dakwa Akan Keluarkan Simpanan Tabung Haji Jika UMNO-PAS Bentuk Kerajaan Persekutuan

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah), Zamir Ghazali mendakwa beliau bersama keluarganya akan mengeluarkan simpanan di Tabung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd