• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Terima Elaun Khas RM1 Juta Setelah Bersara

oleh
28/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak telah menerima bayaran khas sebanyak RM1 juta setelah beliau bersara sebagai Perdana Menteri.

Ketua Unit Tuntutan dan Saraan, bahagian Kewangan Jabatan Perdana Menteri, Natasha Rahimah Haryati Mohamad, 47, berkata, bayaran tersebut diterima pada Mei 2018.

Beliau berkata, elaun khas itu telah dibayar kepada Najib melalui akaun Affin Bank miliknya bernombor 100040014008.

“Untuk Mei 2018, memang ada satu pemberian khas dibuat mengikut Akta Ahli Parlimen (saraan) 1980 sebanyak RM1 juta dibayar sekali sahaja setelah Perdana Menteri bersara.

“Bayaran tersebut telahpun dibayar dengan dimasukkan ke dalam akaun Affin Bank milik Datuk Seri Najib,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib dalam perbicaraan hari pertama melibatkan Ahli Parlimen Pekan itu berhubung dana 1MDB.

Saksi pendakwaan ke dua itu turut memberitahu bahawa jumlah gaji kasar yang diterima Najib bagi setiap bulan bermula April 2009 hingga Mei 2018 ialah sebanyak RM58,605.15.

Gaji tersebut, menurut Natasha Rahimah turut dibayar melalui akaun bank Affin milik Najib.

Pada 20 September 2018, Najib mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima, memindahkan dan membayar jumlah sama hasil daripada aktiviti haram.

Beliau juga didakwa atas empat pertuduhan salah guna kedudukan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah masih diteruskan. – UTUSAN ONLINE

Tags: 1MDBelaun khasNajib Tun RazakPerdana Menteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harus Terima Kenyataan Bahawa Keadaan Tidak Seperti Biasa – PM

Harus Terima Kenyataan Bahawa Keadaan Tidak Seperti Biasa – PM

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ramai pemimpin negara dunia berpendapat konflik di Asia Barat akan menjadi lebih parah dan mengambil masa yang...

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga minyak dan harga barang merupakan langkah khianat kepada rakyat dan negara....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd