• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Meneruskan Aliran Penurunan

oleh
27/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit meneruskan aliran penurunan untuk dibuka rendah berbanding dolar AS berikutan kebanyakan peniaga tidak memasuki pasaran dan memantau perkembangan mengenai pertikaian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Pada pukul 9 pagi, ringgit diniagakan pada 4.2020/2070 berbanding dolar AS daripada 4.2010/2050 pada Isnin.

Peniaga berkata, penurunan bagaimanapun, dihadkan oleh harga minyak yang lebih baik berikutan rundingan bahawa AS dan China memberi isyarat untuk mengurangkan pertikaian perdagangan yang meningkat pada akhir minggu lepas.

Minyak mentah Brent diniagakan 0.65 peratus lebih baik kepada AS$58.50 setong pada masa ini.

“Mata wang serantau akan mendapat manfaat daripada persekitaran perdagangan yang positif hari ini.

“Terdapat pendekatan berhati-hati walaupun di Asia, berikutan kebimbangan berterusan mengenai akaun media sosial Presiden AS, Donald Trump yang menukar sentimen secara negatif secepat ia pulih,” kata Penganalisis Pasaran Kanan Asia Pasifik OANDA, Jeffrey Halley dalam nota.

Ringgit, bagaimanapun, diniagakan agak lebih baik berbanding mata wang utama lain.

Ia naik berbanding yen kepada 3.9690/9749 daripada 3.9715/9764 dan berbanding euro kepada 4.6646/6719 daripada 4.6698/6760 sebelum ini.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0261/0308 daripada 3.0267/0300 dan berbanding pound British kepada 5.1319/1384 daripada 5.1412/1478. 

Tags: Amerika SyarikatChinaDolar ASRinggit Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd