• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda UMNO Gesa Polis Siasat Tze Tzin Hina Skuad Sabil

oleh
27/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sekretariat badan bukan kerajaan (NGO) Pemuda UMNO Malaysia membuat laporan polis terhadap kenyataan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin yang didakwa bersifat rasis dan biadab, di Ibu pejabat Polis Daerah Kuantan di sini semalam.

Pengerusinya, Muhammad Faiz Hashim berkata, Tze Tzin menerusi akaun Twitter miliknya menggelarkan Skuad Sabil yang ditubuhkan Pergerakan Pemuda UMNO adalah ‘Pak Guard dari Bangladesh’.

“Pada status itu beliau turut meletakkan gambar Skuad Sabil iaitu kumpulan sukarelawan Pemuda UMNO Malaysia bersama Presiden UMNO dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

“Kenyataan ini memberi gambaran salah yang boleh memberi persepsi kepada orang awam terutama pengguna Twitter dan media sosial bahawa Pemuda UMNO adalah pendatang asing dari Bangladesh,” katanya selepas membuat laporan polis di sini.

Muhammad Faiz menegaskan, kenyataan itu merupakan fitnah jahat yang akan menjatuhkan maruah Pemuda UMNO.

Beliau memohon pengguna Twitter tersebut disiasat di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan dan Seksyen 500 Kanun sama kerana melakukan fitnah.

Skuad Sabil adalah sukarelawan yang tidak berbayar atas keikhlasan serta semangat yang tinggi untuk berkhidmat melakukan kebajikan terhadap rakyat.

Skuad ini berjaya menarik minat ramai anak muda dan NGO yang melambangkan kebangkitan, penyatuan serta semangat untuk menyumbang bakti kepada rakyat. – Sinar Harian

Tags: BangladeshPemuda UMNOSim Tze Tzinskuad sabil
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Krisis Politik Negeri Sembilan: Pemimpin PKR Harap BN Hormati Perjanjian Perpaduan

Krisis Politik Negeri Sembilan: Pemimpin PKR Harap BN Hormati Perjanjian Perpaduan

27/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) berharap Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan menghormati perjanjian pembentukan kerajaan...

‘Sekali Pemuda UMNO, Selamanya Pemuda UMNO’ – Akmal Jumpa Anwar 

‘Sekali Pemuda UMNO, Selamanya Pemuda UMNO’ – Akmal Jumpa Anwar 

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd