• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda UMNO Desak Kerajaan Tidak Terbit Bon Samurai

oleh
27/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO mendesak kerajaan tidak meneruskan hasrat untuk menerbitkan satu lagi Bon Samurai bagi menangani masalah kewangan negara.

Ketua Pemudanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini kerana tindakan itu hanya akan menambah hutang negara dan memudaratkan lagi ekonomi negara.

“Mengapakah kerajaan begitu beria-ia untuk menerbitkan hutang di luar negara seperti Bon Samurai, Bon Panda dan mungkin akan ada bon terbaru diperkenalkan? Bukankah cadangan tambahan Bon Samurai terbaru ini hanya akan meningkatkan Hutang Luar Negeri negara dan juga meningkatkan risiko naik turun kadar mata wang bagi hutang-hutang ini sekali gus nilai muktamad pinjaman berkenaan di masa hadapan.

“Paling pokok, bukankah fokus utama pentadbiran Pakatan Harapan (PH) khususnya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng adalah mengurangkan hutang negara?” soalnya dalam satu kenyataan.

Asyraf mendakwa, makin terserlah sandiwara Guan Eng dan kerajaan PH bahawa hakikatnya merekalah sebenarnya bertanggungjawab merealisasikan apa yang sering dimomokkan iaitu bahawa hutang negara RM1 trilion.

“Pemuda UMNO berasa amat pelik dengan cadangan ini sedangkan sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan selepas mengambil alih kuasa pada Mei 2018 yang lepas, kerajaan PH begitu bersungguh-sungguh mencanangkan kepada rakyat bahawa Malaysia akan bankrap dan hutang negara telah melebihi RM1 trilion.

“Ironinya, pada Mac 2019, kerajaan Persekutuan telah berjaya menerbitkan Bon Samurai bernilai 200 bilion Yen bersamaan RM7.4 bilion. Walaupun beberapa pihak mempertikaikan rasional keputusan ini lantaran hanya memfokuskan kepada kadar faedah pinjaman yang rendah iaitu 0.65 peratus, sedangkan terdedah kepada risiko kadar pertukaran mata wang Yen Jepun yang tinggi,” katanya. – Sinar Harian

Tags: bon samuraihutang negarajepunPemuda UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd