• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Melaka Kesan 1,615 Kesalahan Ops Tahun Baharu Cina

oleh Ahmad Albab
27/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mengesan 1,615 kesalahan dalam ‘Ops Tahun Baharu Cina’ sehingga semalam, yang menyaksikan penurunan kes berbanding tahun lepas.

Pengarah JPJ Melaka, Muhd Fadhil Hassan, pihaknya merekodkan 3,139 kesalahan pengguna jalan raya sepanjang operasi itu tahun lepas.

“JPJ Melaka melihat penurunan ini sebagai positif kerana adanya kesedaran orang ramai untuk mematuhi peraturan jalan raya terutama ketika musim perayaan,” katanya pada sidang akhbar mengenai operasi itu di sini, hari ini.

Operasi itu bermula pada 12 Feb lepas dan bakal berakhir tengah malam ini.

Daripada jumlah itu, tiga kesalahan utama ialah tiada cukai jalan iaitu sebanyak 393 kesalahan, diikuti tiada perlindungan insurans (390 kes) dan tiada lesen memandu (371 kes).

Dalam tempoh sama, sebanyak 3,977 kenderaan diperiksa dan 1,107 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Muhd Fadhil berkata pemeriksaan terhadap bas ekspres di terminal bas Melaka Sentral juga mendapati ada syarikat bas ekspres yang tidak mempunyai pemandu kedua dan buku log.

Beliau berkata anggota JPJ Melaka menjalankan penyamaran sebagai penumpang dalam 52 bas ekspres dan mengeluarkan saman terhadap pemandu yang melakukan kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Penyamaran bergambar turut dilakukan antaranya bagi memantau kesalahan yang boleh menyebabkan kemalangan dan ia nampaknya memberi kesan positif dengan penurunan jumlah kesalahan itu,” katanya.

JPJ menggerakkan 1,800 anggota penguat kuasa di seluruh negara dan 500 anggota Skuad Muda 1JPJ juga terlibat dalam operasi itu bagi menjalankan Advokasi Kempen Keselamatan Jalan Raya di R&R dan Hentian Sebelah Lebuhraya. – BERNAMA

Tags: JPJsaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

[TIDAK RASMI] BN Mendahului Lebih 2,000 Undi Di DUN Linggi, Aminuddin Ketinggalan

[TIDAK RASMI] BN Mendahului Lebih 2,000 Undi Di DUN Linggi, Aminuddin Ketinggalan

01/08/2026
0

SEREMBAN - Calon Barisan Nasional (BN) sedang mendahului lebih 2,000 undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi berdasarkan kiraan tidak...

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd