• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rampasan 3,200 Kilogram Dadah Bernilai RM676 Juta

oleh
23/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas 3,200 kilogram (kg) dadah dipercayai jenis kokain dan ketamin bernilai kira-kira RM676 juta dalam dua serbuan Op Soda di Selangor pada 18 Ogos lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Paddy Abdul Halim berkata, rampasan dadah itu dipercayai yang terbesar pernah dilakukan dan serbuan pertama melibatkan sebuah premis di Puncak Alam kira-kira pukul 4.30 petang. 

Jelas beliau, serbuan tersebut dilakukan oleh anggota Cawangan Narkotik JKDM dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman bersama Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) hasil risikan selama sebulan.

“Dalam serbuan pertama empat lelaki warga tempatan dan sembilan lelaki warga asing ditahan. Pemeriksaan di premis itu menemui 11 guni mengandungi serbuk putih dipercayai ketamin dengan anggaran berat 467 kg.

“Hasil soal siasat keatas suspek utama membawa kepada satu lagi serbuan di sebuah premis di Seksyen U5 Shah Alam pada pukul 9.20 malam dan menemui beberapa bungkusan dadah dipercayai kokain yang dibawa masuk dari Ecuador dan tiba di Pelabuhan Klang sebelum dihantar ke premis tersebut,” katanya pada sidang media di Pejabat Cawangan Narkotik Kastam di Kampung Jijan Tengah dekat sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. dan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan), Datuk Azimah Abd. Hamid.

Paddy berkata, kesemua suspek berusia antara 27 hingga 56 tahun yang ditahan dalam operasi itu direman sehingga 30 Ogos ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut beliau, perintah reman diperoleh daripada Mahkamah Majisteret Kuala Selangor dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dengan rotan minimum 15 sebatan.

Tambah beliau, dadah tersebut dipercayai akan diseludup ke negara ketiga dan tidak menolak kemungkinan Malaysia dijadikan transit bagi pengedaran dadah. 

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penyeludupan dadah supaya menghubungi Talian Bebas Tol Kastam, 1-800-88-8855 dan Talian Hotline Polis 012-2087222.

Tags: JKDMKetaminkokainPDRMrampasan dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

04/03/2026
0

Oleh Mynewshub GEORGE TOWN – Polis membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran tular di media sosial yang menyentuh tentang satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd