• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tol Tetap Dikenakan Walaupun PLUS Diambil Alih – Mahathir

oleh
23/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pelaksanaan kutipan tol tetap diteruskan walaupun PLUS Malaysia Sdn. Bhd. (PLUS) diambil alih oleh mana-mana entiti, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata kerajaan masih mempertimbangkan tawaran daripada Maju Holdings Sdn. Bhd. yang mahu mengambil alih syarikat pengendali lebuh raya itu.

“Dia nak ambil alih PLUS, kita kaji tengok cadangan itu tapi dia (cadangan Maju Holdings) kena ada tol, tiada tol dia tidak boleh beli, (nanti) dia tidak dapat balik duit.

“Dia punya cadangan termasuk mengurangkan kadar tol dan dia nak buat macam-macam lagi, nak perbaiki jalan…jadi kita sedang timbang,” katanya kepada media selepas Majlis Perjumpaan Pegawai-pegawai Kerajaan Bersama Perdana Menteri di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata sekiranya kerajaan mahu menghapuskan tol, kerajaan perlu membelanjakan duit yang banyak untuk mengambil alih konsensi lebuh raya.

“Sekarang kita dapati bahawa…perkara pertama jika kita tidak mengutip tol, kita mesti membeli lebuh raya itu dan ia melibatkan kos berbilion-bilion.. dan kita tidak mempunyai wang.

“Perkara lain ialah jika kita berjaya membeli, kita perlu membelanjakan wang untuk menyelenggaranya.

“Jadi, orang ramai perlu perlu memahami masalah yang kita hadapi,” katanya.

Dr. Mahathir berkata selain itu sekiranya tol dihapuskan, bagaimana sesebuah lebuh raya itu akan diselenggara.

“Masalahnya ialah lebuh raya perlu diselenggara, perlu diperlebar, ditambah lorong baharu. Semua melibatkan wang.

“Belum ada keputusan muktamad. Kita masih menelitinya,” kata beliau.

Selain Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS turut mengendalikan Lebuhraya Baru Lembah Klang, Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Lebuhraya Lingkaran Tengah Utara-Selatan, Link Kedua Malaysia-Singapura, Lebuhraya Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang.

Tags: kutipan tollebuh rayaMahathir MohamadMaju HoldingsPLUS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd