• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Muat Naik Ciapan Nora Anne Dirogol Didakwa

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang membuat naik ciapan di laman sosial mendakwa remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, dirogol Orang Asli didakwa di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas pertuduhan memuat naik status itu minggu lalu. 

Bagaimanapun tertuduh Muhammad Zikri Ibrahim, 29, yang bekerja sebagai pegawai pemasaran itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Noorsyakin Sahat. 

Mengikut pertuduhan, Muhammad Zikri didakwa telah menggunakan perkhidmatan aplikasi Twitter dengan menggunakan profil akaun “Zikri Armstrong” telah dengan sengaja mengaibkan dan secara telah sedar membuat kenyataan iaitu “perogol norra anne adalah orang asli. Police will never find the killer cuz most orang asli don’t have IC or any sort citizen data. Bet Me” yang mana kenyataan itu boleh mendatangkan kebangkitan marah kepada masyarakat orang asli dengan maksud akan memecahkan dan menggugat keamamanan awam. 

Kesalahan itu didakwa dilakukan Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Tingkat 27, Menara KPJ di sini pukul 8.30 malam pada 14 Ogos lalu. 

Berikutan itu pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin. 

Bagaimanapun peguam Mohammad Syazwan Mohd. Salleh memohon jumlah ikat jamin dikurangkan dengan alasan jumlah itu terlalu tinggi. 

“Tertuduh akan dijamin oleh bapanya dan bersedia pada bila-bila masa untuk datang ke mahkamah dan memberi kerjasama,” katanya. 

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak Noorasyikin membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,0000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 September ini untuk sebutan semula kes. 

Kosmo! 16 Ogos lalu melaporkan polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ciapan di laman sosial mendakwa remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, dirogol Orang Asli.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, lelaki itu ditangkap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban ketika dia hadir untuk memberi keterangan kepada pihak polis.

Sebelum itu polis memaklumkan sedang mengesan pemilik akaun Twitter yang memuat naik ciapan mendakwa remaja Ireland itu yang dilaporkan hilang dari sebuah resort di sini sejak 4 Ogos lalu dirogol oleh Orang Asli.

Mayat Nora Anne ditemui kira-kira pukul 1.57 petang Selasa lalu oleh sekumpulan pendaki yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Gadis yang mengalami masalah pembelajaran itu dilaporkan hilang dari resort The Dusun Pantai Hill di sini pada 4 Ogos lalu semasa sedang bercuti bersama ibu, Maebh Jaseprine Quorin, 46, dan bapa, Sebastian Marie Philipe, 47, serta dua adiknya.

Semasa kejadian, mangsa tidur dalam bilik bersama Innes Julia, 12, dan Maurice Arthure, 8, sebelum adiknya mendapati gadis tersebut sudah tiada kira-kira pukul 8 pagi.

Mangsa bersama ahli keluarganya tiba di resort berkenaan pada pukul 7 pagi, 3 Ogos lalu.

Hasil bedah siasat keatas mayat Nora Anne di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini Rabu lalu mendapati gadis tersebut meninggal dunia akibat usus bocor disebabkan tidak makan untuk tempoh yang panjang. – K! ONLINE

Tags: kehilangankematianNora Anne QuoirinOrang Aslirogol
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

08/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Lebih 20,000 masyarakat Orang Asli yang mendiami 60 kampung di negeri ini merupakan sebahagian daripada keluarga besar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd