• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 10 Jam Rekod Keterangan Zakir Naik

oleh
20/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendakwah, Dr. Zakir Naik keluar dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas mengambil masa lebih 10 jam bagi proses merekod keterangan berhubung kenyataan kontroversinya baru-baru ini.

Zakir yang juga pemegang taraf Penduduk Tetap (PR) dilihat keluar pada jam 1.30 pagi tadi dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, penceramah terbabit tiba ke Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) Bukit Aman pada jam 3.15 petang bersama peguamnya Datuk Akhberdin Abd Kader.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina dan menggugat ketenteraman awam.

“Proses menyambung rekod percakapannya dibuat mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Zakir hadir ke Bukit Aman pada jam 3.15 petang sebelum keluar pada jam 1.30 pagi tadi untuk proses merekod keterangan berhubung kenyataan kontroversinya baru-baru ini.

Terdahulu, polis merekod keterangan Zakir pada Jumaat lalu di Bukit Aman sebelum bersambung pada hari ini.

Zakir dalam ceramahnya di Kota Bharu, Kelantan pada 3 Ogos lalu dilaporkan membuat kenyataan kontroversi mengenai penganut Hindu dan kaum Cina di Malaysia.

Beliau dilaporkan mendakwa penganut Hindu di negara ini lebih setia kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi, berbanding Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad selain dikatakan membuat kenyataan kritis terhadap kaum Cina.

Susulan itu, polis menerima 115 laporan berkaitan kes terbabit.

Namun, pada Rabu lalu, Zakir dalam satu kenyataan media mendakwa ceramahnya disalah tafsir dan sengaja diputar belit pihak tertentu dengan tujuan mempolitikkan isu terbabit dan berniat jahat. – Sinar Harian

Tags: Bukit AmancinahindupolisZakir Naik
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bukan BN Tapi PH Yang Bermain Isu Perkauman – Chong Sin Woon

Bukan BN Tapi PH Yang Bermain Isu Perkauman – Chong Sin Woon

02/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon melahirkan rasa kesal dengan tuduhan Pakatan Harapan (PH) konon Barisan...

Mat Sabu Dakwa Guan Eng Penyelamat Tabung Haji – “Apa Orang Melayu Nak Kata Sekarang?”

Mat Sabu Dakwa Guan Eng Penyelamat Tabung Haji – “Apa Orang Melayu Nak Kata Sekarang?”

30/07/2026
0

SEREMBAN - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd