• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

21 Masjid Rosak Akibat Banjir Di Kelantan Dibaiki

oleh Ahmad Albab
27/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS – Sebanyak 21 buah masjid yang rosak akibat banjir di negeri ini telah dibaik pulih melalui peruntukan hampir RM1 juta di bawah Tabung Ihsan Masjid Banjir Negeri Kelantan.

Pengerusi tabung berkenaan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata sebanyak 61 lagi masjid yang turut rosak akibat bencana itu Disember tahun lepas, kini dalam proses dibaik pulih menggunakan peruntukan tabung berkenaan.

Tabung berkenaan yang ditubuhkan atas inisiatif Badan Perhubungan Umno Kelantan kini mempunyai dana sebanyak RM10 juta hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk individu dan korporat, katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Pemulihan Masjid Kampung Kubang Batang, Lemal di sini, Jumaat.

Beliau berkata pihaknya juga telah mengenal pasti sebanyak 226 buah surau di seluruh negeri ini terjejas akibat banjir untuk dibaik pulih, namun keutamaan sekarang ialah pemulihan masjid.

Sementara itu, Asyraf Wajdi yang juga Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) berkata keputusan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka adalah tepat dalam usaha membantu memulihkan kehidupan mangsa banjir di Kelantan.

Beliau berkata kerjasama kerajaan persekutuan dan kerajaan Kelantan dalam kerja-kerja pemulihan pasca banjir kini adalah baik dan masih banyak mangsa banjir memerlukan bantuan terutama pembinaan rumah kekal bagi mereka yang kehilangan rumah akibat bencana itu.

“Apabila ada pilihan raya kecil akan berlaku pergeseran ketika berkempen dan keadaan ini dikhuatiri akan menjejaskan perpaduan kerjasama dalam membantu rakyat,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu lepas berkata Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuat keputusan itu berdasarkan beberapa pertimbangan tertentu dan selepas mengadakan perbincangan secara menyeluruh dengan Badan Perhubungan UMNO Kelantan serta UMNO Bahagian Pengkalan Chepa.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata pada masa ini, tumpuan perlu diberikan kepada program pemulihan mangsa banjir dan kerja-kerja kebajikan di Kelantan serta perpaduan ummah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRK DUN Chempaka pada 22 Mac depan manakala hari penamaan calon ialah pada 10 Mac.

Kerusi DUN Chempaka kosong berikutan penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat kanser prostat pada 12 Feb lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13, Nik Abdul Aziz yang merupakan Mursyidul Am PAS menang dengan majoriti 6,500 undi.

Bekas menteri besar Kelantan itu mendapat 12,310 undi manakala calon BN Wan Razman Wan Abd Razak memperoleh 5,810 undi. – BERNAMA

Tags: Banjirmasjid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memaklumkan beliau meneruskan tradisi murni DAP dengan menyalurkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd