1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) telah mengadakan satu perbincangan bersama Majlis Belia Malaysia (MBM). Ini menjadi titik mula kepada memperkukuhkan suara anak muda Bangsa Malaysia untuk mengutarakan isu-isu berkaitan anak muda pada hari ini. MBM diwakili oleh Presiden MBM, Saudara Jufitri Joha dan DPIM diwakili Ketua Pemuda, Saudara Shahir Adnan. Perbincangan turut disertai exco-exco kanan MBM dan exco-exco pusat DPIM.
2. Berikut merupakan resolusi yang dipersetujui dalam perbincangan kali ini:
i. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) bersepakat bahawa keamanan dan kestabilan negara adalah keutamaan terpenting bagi menjaga keharmonian antara kaum. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) mempunyai keanggotaan ahli pelbagai kaum dan menjadi platform kemajmukan kaum. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) menggesa semua pihak mengenepikan anasir-anasir rasis yang menggugat keamanan negara.
ii. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) bersetuju untuk melebarkan, membina dan memperkukuhkan hubungan permuafakatan bersama memandangkan MBM bertindak menaungi semua anak muda yang merangkumi pelbagai kaum atas semangat Bangsa Malaysia yang sebenar demi membina negara Malaysia yang bersatu-padu, adil dan saksama, serta masyarakat yang bahagia.
iii. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) bersetuju untuk mencari solusi terbaik kepada anak muda berkenaan isu-isu penting yang melibatkan anak muda seperti isu had umur belia, Undi18, belia miskin di bandar dan belia tertindas di luar bandar.
3. Kematangan berpolitik dan keterbukaan pertubuhan belia hari ini telah membuka satu lembaran baru kepada kerjasama antara Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM). Kini anak muda mempunyai pilihan yang lebih baik untuk menyuarakan suara dan rintihan mereka. Kami mendengar denyut nadi kalian!
Shahir Adnan
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM)
Parti IKATAN Bangsa Malaysia
Jufitri Joha
Presiden
Majlis Belia Malaysia (MBM)
