• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Angkara Agenda Politik – Zakir Naik

oleh
14/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik mendakwa, kenyataan beliau berhubung isu kesetiaan masyarakat India di negara ini telah disalah tafsir.

Zakir mendakwa, terdapat pihak-pihak yang terdesak menyaksikan ceramah beliau semata-mata mahu mencari kesalahan.

Namun ujarnya, mungkin mereka gagal mencari apa yang dihajati pihak-pihak berkenaan telah bertindak melakukan perkara tidak jujur.

“Sejak kelmarin, terdapat kempen di media menentang saya, berkenaan dakwaan yang dibuat di luar konteks dengan tujuan untuk menganiaya saya demi agenda politik.

“Perdana Menteri India mahukan saya, Perdana Menteri Malaysia tidak mahu ketidakadilan berlaku kepada saya. Hindu Malaysia kebanyakkan mereka menyokong Perdana Menteri India,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran berkata, kenyataan Zakir yang mendakwa masyarakat India di Malaysia lebih setia kepada Perdana Menteri India berbanding Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan dibawa ke mesyuarat Kabinet.

Kulasegaran berkata, kenyataan itu tidak mencerminkan seorang warga asing yang diberikan status penduduk tetap di negara ini.

Baru-baru ini, Zakir dalam satu ceramah didakwa berkata, adalah malang kerana masyarakat India di Malaysia lebih setia kepada Perdana Menteri, Narendra Modi berbanding Dr. Mahathir.

Zakir juga didakwa membandingkan nasib masyarakat beragama Hindu di Malaysia yang menikmati hak sepenuhnya berbanding orang Islam di India. – UTUSAN ONLINE

Tags: Indiapendakwah antarabangsaZakir Naik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

24/02/2026
0

LUCKNOW – Ketegangan yang tercetus di sebuah universiti awam di India akhirnya bertukar menjadi simbol harapan dan perpaduan, apabila pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd