• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Mahathir… Kita Sama Taraf” – Charles Santiago

oleh
14/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – “Kita rakyat Malaysia, kita semua sama taraf.” Itulah jawapan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago apabila diminta mengulas kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyifatkan beliau ‘setaraf’ dengan dirinya sebagai Perdana Menteri.

Charles berkata, beliau membangkitkan keperluan Perdana Menteri perlu berbincang dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) terutama apabila timbul isu kontroversi bagi mengelak salah faham masyarakat terhadap PH dan kerajaan.

“Pada pandangan saya, isu yang berkaitan dengan kontroversi harus dibincang dalam Majlis Presiden PH. Selepas isu itu dibincang dan mendapat persetujuan bersama, barulah ia dibawa ke Kabinet.

“Itu saja pandangan saya. Tapi saya nampak Dr. Mahathir sudah beri maklum balas. Beliau juga akan memanggil saya, maka kita tunggu. Saya juga sedia bertemu dengan beliau,” katanya.

Beliau berkata kepada media selepas merasmikan Seminar Pencemaran Sungai dan Impak Terhadap Bekalan Air Di Semenanjung Malaysia anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman.

Isnin lalu ketika berada di Langkawi, Dr. Mahathir dalam nada sinis menyifatkan kedudukan Charles ‘setaraf’ dengan dirinya apabila mendakwa Perdana Menteri sering membuat keputusan secara berseorangan walaupun datang dari parti yang dikira minoriti dalam PH.

“Pada masa depan (nanti) apabila saya hendak buat keputusan saya tanya (dahulu) boleh atau tidak (kepada) Santiago, boleh atau tidak boleh buat.

“Kalau boleh dapat pandangan dia, (bermakna) dia setaraf dengan saya,” kata Dr. Mahathir.

Ketika ditanya adakah beliau mencabar kedudukan Perdana Menteri, Charles enggan mengulas lanjut sebaliknya menegaskan pandangannya adalah untuk mengurangkan masalah dalam kalangan masyarakat.

“Saya tidak mahu rakyat melihat kita (PH) saling bertentangan pendapat, bergaduh sesama kita. Maka, saya minta Perdana Menteri bincang dalam Majlis Presiden. Hanya isu kontroversi saja, bukan semua isu,” katanya. – BH Online

Tags: Charles SantiagoDAPMahathir MohamadPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan dakwaan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang menyatakan DAP ikhlas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd