• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kumpulan Mahu Guling Amirudin Dakwa Sudah Cukup Sokongan

oleh
08/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pihak yang merancang untuk menggulingkan Amirudin Shari daripada jawatan Menteri Besar Selangor mendakwa mereka sudah mempunyai majoriti mencukupi untuk menjayakan pelan undi tidak percaya.

Menurut salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terlibat, Amirudin ketika ini hanya memiliki sokongan sejumlah 13 ADUN PKR dan enam daripada pembangkang dengan Parti Amanah Negara (Amanah) serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) masih berbelah bahagi.

Pada masa yang sama, Dr. Idris Ahmad menjadi pilihan kumpulan berkenaan untuk menggantikan Amirudin kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok itu dianggap berpengalaman serta direstui Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, dua nama lain turut tersenarai sebagai calon Menteri Besar dan ia sebagai alternatif jika pihak Istana Selangor menolak Idris memandangkan ada khabar angin ADUN Ijok tersebut kurang mesra dengan Sultan Selangor.

“Memang benar Amirudin sedang berkrisis dengan DAP dan beliau cuba untuk menyingkirkan Speaker (Ng Suee Lim) tetapi kami melihat isunya di sini adalah Amirudin itu sendiri yang tidak berkemampuan untuk terus memimpin Selangor.

“Apa yang boleh saya beritahu, kami ada bilangan mencukupi dan tidak mustahil boleh mencapai sehingga 37 ADUN, dalam PKR Amirudin hanya ada 13 sahaja,” kata wakil rakyat bukan daripada PKR tersebut kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Politik Selangor bergolak apabila DAP melalui Suee Lim menunjukan kuasanya dengan ‘mengenakan’ Amirudin dalam isu usul berkaitan pemerkasaan agama Islam yang sepatutnya dibawa kerajaan negeri ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan memendekkan sidang kepada cuma dua hari.

Tindak-tanduk DAP tersebut selain kerana tidak selesa dengan usul berkaitan agama Islam, ia juga dipercayai ada kaitannya dengan perancangan PKR sendiri untuk menyingkirkan Amirudin selepas Menteri Besar itu secara terbuka mengkritik Anwar dan memilih untuk berpihak kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sebagai rekod, PKR mempunyai 21 kerusi, DAP (16), Amanah (8), BERSATU (5), Barisan Nasional (5) serta PAS (1) daripada keseluruhan 56 kerusi DUN Selangor.

Dalam pada itu, ADUN yang sama memaklumkan, usaha Amirudin untuk menggagalkan undi tidak percaya terhadapnya juga sukar membuahkan hasil kerana sudah tiada lagi kepercayaan dalam kalangan majoriti wakil rakyat.

“Dia cuba berunding khususnya dengan Amanah dan BERSATU tetapi saya tidak lihat ia akan berjaya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Amirudin ShariDAPgulingMenteri Besar SelangorPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Menteri Wilayah Kesal Dakwaan Hannah Yeoh – Kuala Lumpur Zaman BN Ibarat “Neraka”

Bekas Menteri Wilayah Kesal Dakwaan Hannah Yeoh – Kuala Lumpur Zaman BN Ibarat “Neraka”

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Wilayah Persekutuan sekitar tahun 80-an, Tan Sri Shahrir Ab Samad membidas kenyataan Hannah Yeoh yang...

Kita Lawan DAP Bukan Sebab Cina, Tapi Sebab Kebebalan DAP – Akmal Saleh

Kita Lawan DAP Bukan Sebab Cina, Tapi Sebab Kebebalan DAP – Akmal Saleh

26/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengemukakan soalan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd