• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kesan Perodua Myvi Lawan Arus

oleh
05/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kejadian sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang melawan arus di Jalan Tun Abdul Razak menghala JB Sentral, di sini seperti yang tular dalam satu rakaman video di media sosial Facebook, hari ini akan disiasat polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, pihaknya juga sudah menerima rakaman video menunjukkan aksi berani dan melanggar kesalahan jalan raya itu.

“Polis ada menerima rakaman video menunjukkan kereta melawan arah ini daripada orang awam pada Jumaat lalu. Bagaimanapun sehingga kini, tiada laporan polis yang diterima berkaitan kes terbabit.

“Kita akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti pemilik atau pemandu kereta berkenaan dengan secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi di sini.

Terdahulu, video berdurasi 18 saat tular di media sosial berkenaan memaparkan sebuah kereta berwarna hitam yang memandu laju melawan arus dari arah pusat bandar.

Rakaman video itu difahamkan diambil dari kamera video papan pemuka sebuah kereta yang turut hampir melanggar kereta berkenaan.

Tags: facebooklawan arusPerodua Myvi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Nama Tanah Melayu Telah Berakhir” – Veteran DAP

Veteran DAP Chang Khim Padam Hantaran Nama Tanah Melayu?

28/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Hantaran Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim berkenaan nama Tanah Melayu sudah tiada di laman Facebook beliau....

KPKT Tutup Ruangan Komen Program Sentuhan Kasih Di Negeri Sembilan

KPKT Tutup Ruangan Komen Program Sentuhan Kasih Di Negeri Sembilan

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dilihat menutup ruangan komen pada hantaran Facebook memaparkan lawatan Menteri Perumahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd