• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Terima Kejutan Hari Keputeraan Di Istana Negara

oleh
01/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Nyanyian lagu ‘Allah Selamatkan Tuanku’ berkumandang di Istana Negara malam ini sebagai kejutan bagi meraikan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ke-60.

Kejutan itu berlangsung ketika Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersedia untuk berangkat pulang bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha selepas selesai menghadiri Majlis Santapan Diraja malam ini.

“Allah Selamatkan Tuanku,
Allah Selamatkan Tuanku,
Allah Selamatkan Duli Tuanku,
Allah Selamatkan Tuanku.”

Bait lagu tersebut dinyanyikan penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah dan anak-anak Permata Seni Koir yang turut disertai oleh tetamu yang hadir.

Seri Paduka kemudian dipersembahkan kek berbentuk singgahsana dan berkenan untuk memotong kek tersebut di hadapan lebih 700 tetamu yang hadir pada majlis itu.

Lebih manis, Tunku Azizah berkenan menyuapkan Seri Paduka potongan kek tersebut dan kemudian memberikan salam hormat serta pelukan.

Seri Paduka berdua kemudian turut berkenan bersalaman dan bergambar dengan tetamu yang hadir sebelum berangkat meninggalkan majlis.

Tags: Al-Sultan Abdullahhari keputeraanYang di-Pertuan Agong ke-16
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Ucap Tahniah Hari Keputeraan Tunku Zahrah Zarith Aziyah

JDT Ucap Tahniah Hari Keputeraan Tunku Zahrah Zarith Aziyah

20/04/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat kepada anakanda Pemangku Sultan Johor,...

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Disaman RM310 Juta

Al-Sultan Abdullah Dukacita Laporan Portal Berita Bersifat Fitnah

31/03/2024
0

KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dukacita dan kecewa berhubung laporan sebuah portal berita yang tersasar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd