• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Allahyarham Zulfarhan Sujud Syukur, Menangis

oleh
31/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sujud syukur dan tangisan hiba seorang ayah yang memperjuangkan keadilan untuk Allahyarham anaknya yang mati dipercayai akibat dibuli bergema di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Selepas dua tahun, mahkamah memutuskan 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terlibat dalam kematian Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain untuk membela diri.

Zulkarnain Idrus, 55, yang berasa syukur dengan secara spontan melakukan sujud sebaik sahaja keluar dari bilik Mahkamah Jenayah Seksyen 2 di sini hari ini.

“Saya bersyukur kepada ALLAH SWT kerana bagi keputusan yang benar. Terima kasih atas doa rakyat malaysia,” katanya ketika ditemui media.

Ibu mangsa, Hawa Osman turut tidak dapat menahan sebak dan mengharapkan kesemua tertuduh mendapat hukuman yang setimpal.

“Syukur atas Ilahi. Doa kami dimakbulkan Allah supaya pesalah mendapat pembalasan.

“Pemergian Zulfarhan masih terasa, setiap malam saya akan mendengar suaranya. Bila raya lagi rasa dia tak ada. Saya tak akan lupakan arwah,” katanya.

Terdahulu, keputusan itu dibuat Hakim Datuk Azman Abdullah selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.

Media sebelum ini melaporkan Zulfarhan Osman meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017, dipercayai akibat didera selepas dituduh mencuri komputer riba milik rakannya. – Sinar Harian

Tags: kes bunuhUPNMZulfarhan Osman Zulkarnain
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd