• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Dipercayai Dibunuh, Dibakar

oleh
25/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Sepasang suami isteri warga emas ditemukan mati dalam kebakaran di Taman Desa Melati di sini, malam tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata siasatan awal terhadap kedua-dua mangsa yang telah tinggal selama 10 tahun di situ turut mendapati terdapat kesan tikaman dan kelar pada tubuh mangsa.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Tan Kim Joo, 73, dan Ng Chong Hwa, 67 tahun.

“Kita menerima maklumat berkaitan kejadian itu pada pukul 10.45 malam yang menyatakan dua mayat dijumpai dengan kesan tikaman dan kelar dalam kejadian kebakaran di rumah mangsa.

“Kita percaya kes ini ada kaitan dengan jenayah,” katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Bulanan Kontinjen Polis Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata setakat ini polis masih menjalankan siasatan berhubung motif kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Supt. Mohd Nor Marzukee Besar dalam kenyataan di sini berkata siasatan awal mendapati Tan, yang merupakan pesara jurutera swasta mengalami luka pada pergelangan tangan kiri, dahi kanan dan bawah lengan tangan kanan manakala Ng, pesara guru mengalami dua kesan tikaman pada dada serta luka di lengan tangan kiri.

“Pegawai penyiasat telah merakam percakapan saksi awal yang tiba di lokasi kejadian. Saksi Pegawai Bomba dan Penyelamat Nilai, Jamaludin Latif mendakwa telah menerima maklumat kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Desa Melati. Sampai di lokasi kejadian didapati asap memenuhi rumah dan keadaan pintu hadapan rumah dan jeriji hadapan dalam keadaan berkunci.

“Saksi bersama anggota bomba kemudiannya telah pergi ke bahagian dapur rumah dan mendapati pintu tidak berkunci. Apabila masuk telah terjumpa seorang mangsa dalam keadaan tertiarap. Saksi juga masuk ke dalam rumah melalui bahagian dapur untuk mencari punca api.

“Saksi kemudiannya telah mengambil keputusan memecah pintu gelangsar dan pintu kaca hadapan rumah dan menendang pintu kayu. Setelah asap reda dan keluar, saksi menyatakan telah menjumpai punca api di bahagian bawah rumah iaitu di bilik gim,” katanya.

Mohd Nor Marzukee berkata pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati terdapat kesan darah di lantai dapur dan kesan kecederaan di bilik stor.

“Pemeriksaan di bahagian stor juga menemui dua kotak mancis di hadapan pintu masuk stor,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Bakarya Mohd Salleh berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 9.23 malam dan tiba tujuh minit kemudian bersama 12 anggota ke lokasi kejadian.

Operasi pemadaman kebakaran itu turut dibantu enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 2.35 pagi.

Tags: Dibakarkes bunuhkesan tikamanSuami Isteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd