MALANG sememangnya tidak berbau.
Siapa sangka, balang coklat Nutella kegemaran yang dimiliki bertukar tragis apabila menjadi punca kebakaran sebuah rumah.
Lebih mendukacitakan, kebakaran di Twickenham, London ini juga mengakibatkan kematian seekor anjing peliharaan milik tuan rumah.
Memetik laporan BBC News, siasatan mendedahkan kebakaran yang berlaku pada 15 Februari lalu itu berpunca daripada balang coklat itu yang diletakkan di tingkap rumah tersebut.
Difahamkan kebakaran berpunca akibat cahaya matahari yang dibiaskan oleh balang itu menghala ke tirai menyebabkan tirai tersebut terbakar sebelum merebak ke bahagian lain.
Menurut pemilik rumah, Declan Murphy berkata balang Nutella itu hanya digunakan sebagai bekas menyimpan getah pengikat di rumahnya.
Bagaimanapun keluarga ini amat bernasib baik kerana terselamat daripada insiden tersebut.
Kata Murphy, dia keluar menyambut ulang tahun bersama isterinya, Lindsay dan dua anak-anak mereka ketika kejadian berlaku.
Kebakaran itu telah memusnahkan ruang bawah rumah kediaman tersebut dan mengorbankan anjing kesayangan Murphy yang terperangkap di dalam rumah. – MYNEWSHUB.CC
Video – Resepi Nutella




