• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelantikan Wong Kah Woh: Agenda DAP Kuasai Harta Negara

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERGERAKAN Pemuda UMNO memandang serius tindakan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin untuk melantik Wong Kah Woh (DAP – Ipoh Timur) sebagai Pengerusi SEDA. Keputusan ini secara jelasnya menyerlahkan lagi kerakusan DAP untuk menguasai pelbagai sektor ekonomi negara!

SEDA adalah agensi yang ditubuhkan di era Barisan Nasional (BN) untuk memacu pertumbuhan dan pembangunan industri ‘Tenaga Diperbaharui’ (Renewable Energy) negara. Sejak tahun 2012 sehingga 2017, SEDA bertanggungjawab kepada pengagihan kuota penjanaan tenaga elektrik melalui Fotovolta Solar, Biomas, Biogas, Hidrokuasa Kecil dan Geoterma berjumlah 3,086.45 GWj.

Pada penghujung Disember lalu, Bee Yin telah mengumumkan projek pembangunan tenaga solar berskala besar bernilai RM2.0 bilion. Persoalannya apakah pelantikan Kah Woh sebagai Pengerusi SEDA ini berkait rapat dengan projek berbilion ringgit yang baru diumumkan ini kerana agihan kuota penjanaan bagi projek ini akan diselia oleh SEDA?

Perlantikan pemimpin DAP bagi menerajui agensi kerajaan yang penting ini bukan sahaja menimbulkan pertikaian dari segi ketelusan dan tadbir urus yang baik (good governance), bahkan satu lagi pencabulan kepada manifesto Pakatan Harapan (PH) berkaitan dengan perlantikan politik dalam sektor kerajaan dan GLC.

Apakah sudah tiada lagi tokoh-tokoh di kalangan pakar, jurutera profesional dan ahli korporat yang mandiri untuk menggalas jawatan Pengerusi SEDA sehingga Bee Yin terpaksa melantik kroni parti?

Justeru Pergerakan Pemuda UMNO mendesak agar Bee Yin tampil memberikan penjelasan kerana bukan sahaja membelakangi janji manifesto PH bahkan wujud konflik berkepentingan yang boleh dikaitkan dengan pelantikan ini.

Asyraf Wajdi Dusuki

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO

Tags: Asyraf Wajdi DusukiDAPPemuda UMNOSEDAWong Kah Woh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Akan Terus Perjuang Isu Layanan Tidak Sama Rata Peruntukan Untuk Bukan Bumiputera – Guan Eng

DAP Akan Terus Perjuang Isu Layanan Tidak Sama Rata Peruntukan Untuk Bukan Bumiputera – Guan Eng

13/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menegaskan beliau akan terus memperjuangkan isu rasa tidak puas hati masyarakat bukan...

DAP Dakwa Rakyat Tak Puas Hati, BN Bakal Tewas PRU-16 Sebab Najib

DAP Dakwa Rakyat Tak Puas Hati, BN Bakal Tewas PRU-16 Sebab Najib

12/11/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa pembayaran denda RM50 juta oleh UMNO bagi membolehkan bekas Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd