• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

80 Berhimpun Di IPD Dang Wangi Untuk Farhash

oleh
20/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hampir 80 orang dipercayai ahli PKR berhimpun di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi malam tadi sebagai tanda solidariti untuk Ketua PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, yang masih ditahan dalam siasatan ke atas video seks sejenis mirip menteri.

Tunjuk perasaan malam tadi diadakan di hari ke-3 setiausaha politik kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim itu ditahan polis sejak 16 Julai lepas.

Penunjuk perasaan berkumpul di depan balai polis itu seawal 8 malam tadi sambil membawa plakad “Kami Bersama Anda”.

“Di manakah Farhash,” kata Timbalan Pengerusi PKR Perak, MA Thinakaran kepada pemberita.

Farhash antara 9 yang direman polis setakat ini berhubung kes tersebut, termasuk Haziq Aziz, bekas ketua Pemuda PKR Santubong.

Haziq menggemparkan negara dengan pengakuan beliau terbabit dalam klip video seks sejenis di sebuah hotel di Sandakan, Sabah, bulan lalu.

Beliau menamakan Azmin sebagai pasangannya dalam video itu, dakwaan yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh Azmin, yang menyifatkan ia komplot untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Semalam, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador mengumumkan hasil analisis CyberSecurity Malaysia mengesahkan kebarangkalian video tersebut tulen adalah tinggi, tetapi hasil proses pengecaman wajah adalah negatif.

Media melaporkan 5 orang yang ditahan bersama Haziq dibebaskan semalam, sementara perintah reman Haziq akan tamat esok. – FMT

Tags: Farhash Wafa SalvadorPKRseks sejenisvideo seks
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Minta PKR Beri Penjelasan Gambar Tular Anwar Bersama Nicky Liow

Ahli Parlimen PJ Minta PKR Beri Penjelasan Gambar Tular Anwar Bersama Nicky Liow

26/07/2026
0

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung meminta Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi penjelasan berhubung isu tular...

Manifesto Hanya Janji Atas Kertas Jika Tidak Mampu Dilaksana – PKR

Manifesto Hanya Janji Atas Kertas Jika Tidak Mampu Dilaksana – PKR

22/07/2026
0

SEREMBAN - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Fuziah Salleh mengingatkan pengundi Negeri Sembilan bahawa manifesto hanyalah janji di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd