• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Masalah Teknikal Bawa Balik Jho Low – KPN

oleh
18/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengakui wujud masalah teknikal dalam proses membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low ke negara ini.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan secara lanjut mengenai bentuk masalah yang dihadapi tersebut.

“Ketika ini, ada masalah teknikal sedikit. Bagaimanapun, kita sedang giat berunding dengan negara berkaitan yang menjadi lokasi persembunyian Jho Low.

“Jho Low adalah seorang penjenayah, beliau harus pulang menghadapi proses perundangan negara ini,” katanya ketika menghadiri program Bicara Politikonomi yang disiarkan RTM melalui TV1, malam tadi.

Dalam program itu, Abdul Hamid sekali lagi memberikan jaminan ahli perniagaan itu tidak akan menjadi mangsa penganiayaan selepas pulang ke negara ini.

“Menjadi tanggungjawab polis bahawa tidak ada sebarang penganiayaan (selepas Jho Low pulang),” ujarnya.

Pada 7 Julai lalu, media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih berunding dengan pihak berkuasa negara di mana Jho Low bersembunyi bagi membawa pulang individu berkenaan yang terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Abdul Hamid bagaimanapun berkata, usaha itu memerlukan langkah yang cermat dan berhati-hati bagi memastikan tidak tersilap langkah. 

Tags: 1MDBAbdul Hamid BadorJho Low
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd