• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Seks: Mahathir Yakin Wujud Komplot Jatuhkan Azmin

oleh
18/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin video intim yang didakwa mirip Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah pakatan politik untuk menjatuhkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.

Dr. Mahathir berkata, cadangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Azmin bercuti sementara sepanjang siasatan video intim ini berlangsung adalah bergantung kepada kesahihan video berkenaan.

“Dia (Anwar) kata kalau betul, kalau betul ya lah (perlu bercuti). Tapi dia tak kata mesti sekarang ini,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menegaskan, siri video seks tersebar itu bukanlah bersifat jenayah, sebaliknya lebih kepada permainan politik.

“Saya nampak ini satu gerakan politik, bukan kerana jenayah.

“Jenayahnya ialah ada satu pakatan untuk menjatuhkan Azmin,” ujar Dr. Mahathir.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan kredibiliti bekas Ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang terang-terang mengaku dirinya terlibat dalam video seks tersebut bersama Azmin.

“Jadi orang itu pula (Haziq) pi mengaku… dia pergi (mengaku). Itu kita hairanlah.

“Biasanya orang yang macam itu nak sembunyilah. Dia malulah, tapi ini (Haziq) tak malu,” katanya.

Sebelum ini, Anwar mencadangkan Azmin untuk meletakkan jawatan sekiranya video seks yang didakwa miripnya dibuktikan benar. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimMahathir MohamadMohamed Azmin Ali
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Tangkap Layar PMX AI Menjawab “Tidak” Apabila Ditanya Sama Ada Anwar Patut Diundi Lagi

Tular Tangkap Layar PMX AI Menjawab “Tidak” Apabila Ditanya Sama Ada Anwar Patut Diundi Lagi

25/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Tangkap layar memaparkan avatar PMX AI didakwa menjawab "Tidak" apabila ditanya pengguna sama ada perlu mengundi Anwar...

eFishery – Ditipu RM200 Juta, Hassan Karim Desak Anwar Letak Jawatan Menteri Kewangan

eFishery – Ditipu RM200 Juta, Hassan Karim Desak Anwar Letak Jawatan Menteri Kewangan

19/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan jawatan sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd