• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apps Memudahkan Pelancong Islam Di Taiwan

oleh
dalam Advertorial, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADA tahun 2014, 180,000 pelancong Islam tiba di Taiwan untuk menikmati keindahan luar biasa negara pulau berkenaan.

Jumlah itu membuka mata pihak berkuasa di sana untuk berusaha meningkatkan lagi bilangan kehadiran pelancong beragama Islam pada tahun-tahun selepasnya.

Dengan kehadiran pengunjung Muslim meningakat dengan baik saban tahun selepas itu, beberapa langkah disusun agar kumpulan pelancong kategori berkenaan merasa selesa sebaik menjejakkan kaki ke negara terbabit.

Salah satu pendekatan terbaik yang diambil adalah melalui teknologi maklumat (IT).

Antaranya pengenalan aplikasi (apps) seperti Halal.TW, Taiwan Halal dan HALAL TAIWAN.

Sekiranya anda memilih ke Taiwan tanpa mengunakan khidmat agensi pelancongan, maka aplikasi-aplikasi itu adalah rakan terbaik anda.

Kalau bersama agensi pelancongan pun, apps berkenaan boleh digunakan bagi rujukan silang demi memastikan tidak berlaku kesilapan dalam memilih restoran halal dan sebagainya.

Kesemua apps berkenaan memuatkan kandungan mesra pengguna seperti lokasi masjid, bilik sembahyang, restoran, penjaja makanan, hotel yang mengamalkan pendekatan halal, alamat persatuan-persatuan Islam di Taiwan dan sebagainya.

Malah, alamat rumah sembelihan dan dapur halal pun disediakan!
Mudah kata, apa sahaja berkaitan Islam di Taiwan, apps-apps berkenaan mempunyai hampir kesemua maklumat yang diperlukan. Justeru anda tidak terkeliru dalam menjaga ibadah walaupun di negara bukan Islam seperti Taiwan.

Selain itu, anda juga boleh merujuk kepada laman web seperti https://www.travel.taipei/muslim/ yang dibangunkan khusus oleh Jabatan Maklumat dan Pelancongan, Pentadbiran Bandar Taipei.

Pada laman web ini anda boleh melihat pelbagai kemudahan yang mesra muslim yang disediakan di negara berkenaan selain jadual lengkap waktu solat lima waktu sepanjang tahun di Taiwan.

Apa yang hendak disimpulkan di sini ialah, kesungguhan Taiwan dalam mengalu-alukan kedatangan masyarakat Muslim dari seluruh dunia memang tidak dapat dinafikan.

Hakikatnya, kewujudan apps seperti itu mencerminkan kesungguhan kerajaan Taiwan dalam memastikan orang Islam yang tiba, bukan sekadar menghayati keindahan negara berkenaan, tetapi juga berasa tenang sepanjang berada di sana.

Mereka mengambil langkah-langkah khusus ke arah memastikan pelancongan beragama Islam bukan sekadar menikmati keindahan negara mereka, tetapi juga tidak lalai dalam menjaga kehendak syariah.

Kalau mereka mengalukan kedatangan kita, tidak salah kita menyahut panggilan itu.

Ayuh ke Taiwan…destinasi mesra muslim. – Mynewshub.TV

Tags: aplikasiHalalislamMuslimPelancongtaiwan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Nah Sekarang, Di Mana Cerdiknya Perdana Menteri Yang Penyokong PH Agung-Agungkan?’ – Ahmad Fadhli

‘Nah Sekarang, Di Mana Cerdiknya Perdana Menteri Yang Penyokong PH Agung-Agungkan?’ – Ahmad Fadhli

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan keputusan...

Taiwan Tangguh Rundingan Pelaburan Dengan Malaysia Susulan Kenyataan PMX Anwar

Taiwan Tangguh Rundingan Pelaburan Dengan Malaysia Susulan Kenyataan PMX Anwar

11/11/2026
0

TAIPEI - Taiwan mengesahkan pihaknya menangguhkan rundingan pelaburan dua hala dengan Malaysia susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd