• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zamihan Saman Mufti Perlis RM2 Juta

oleh
17/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Dr. Zamihan Mat Zin memfailkan saman fitnah terhadap Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan menuntut ganti rugi RM2 juta kerana mendakwa mengeluarkan ucapan berbaur fitnah berhubung jawatan dan kerjayanya.

Zamihan selaku plaintif memfailkan saman itu melalui Tetuan Azam Aziz Shahrudinali & Co di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini, pada jam 2.30 petang semalam.

Dokumen saman itu diperoleh media melalui peguam Zamihan iaitu Datuk Shahrudin Ali hari ini.

Berdasarkan penyataan tuntutan, Zamihan yang memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi mendakwa Mohd Asri ada mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya sebanyak dua kali melalui artikel bertajuk ‘Bukan Perlis sahaja’ dan diterbitkan pada 14 Oktober 2018 dan sesi forum SOSMA yang bertajuk ‘Siapa Pengganas & Potensi Salahguna Kuasa’ di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya pada 9 Februari lalu.

Plaintif mendakwa, ucapan Mohd Asri itu disiarkan di portal berita Malaysiakini bertajuk ‘Asri: Sebut Ayob Khan terbayang muka Zamihan’.

Menurut penyataan tuntutan itu lagi, kenyataan fitnah itu secara langsung merujuk kepada kerjaya, jawatan, profesyen beliau dan ia tidak benar.

Kenyatan fitnah juga itu didakwa membawa maksud bahawa plaintif tidak berintegriti, pembohong dan mengelirukan orang awam dengan hukum Islam yang karut.

Selain itu plaintif mendakwa kenyataan fitnah itu membawa maksud bahawa beliau tidak berkelulusan dalam bidang syarak, akidah dan hukum Islam serta tidak layak menjadi pengajar selain didakwa seorang pengganas.

Menurutnya, kenyataan fitnah itu adalah berniat jahat dan mendedahkan dirinya kepada kebencian, penghinaan dan cemuhan dalam masyarakat.

Akibat fitnah itu, plaintif mendakwa beliau difitnah teruk dan dipandang hina serta mencemarkan reputasinya dalam masyarakat umum.

Sehubungan itu selain ganti rugi am RM2 juta, beliau menuntut ganti rugi teruk, ganti rugi teladan serta permohonan maaf daripada defendan.

Plaintif turut memohon perintah injunksi melarang defendan sama ada secara langsung atau tidak mengeluarkan kenyataan sama atau berunsur fitnah terhadapnya serta lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. – Sinar Harian

Tags: Mohd Asri Zainul Abidinsamanzamihan mat zin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd